Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n peranan tambahan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj tambahan: ~ parts in a play, peranan tambahan dlm sesebuah drama; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata walk-on


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "walk-thru"? Contoh ayat: The Walk-Thru cannot be played Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Tiada maklumat walk-thru dalam pangkalan data kami, kecuali data walk through. Untuk maklumat lanjut, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=walk+through&d=346196&#LIHATSINI.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2017
Salam Sejahtera. Saya ingin minta bantuan pihak Tuan untuk beri terjemahan Bahasa Melayu untuk perkataan "walk-in". Ia tiada dalam pangkalan data prpm. Contohnya, "walk-in closet" atau "walk-in interview". Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "walk-in interview" ialah temu duga jumpa terus. untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu ynag khusus untuk "walk-in closet". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah bilik almari pakaian atau ruang almari pakaian.Istilah24.10.2016
1)'walk-in banking' 2)'walk-in 10 minutes banking'1)urusan di bank boleh siap dalam tempoh 10 minit 2)perbankan pantas dalam masa 10 minitTatabahasa07.06.2011
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih.Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih".Istilah17.10.2013
Apa perkataan yang sesuai untuk digunakan untuk 'Walk-in-wardrobe' dalam bahasa Malaysia? Walk-in-wardrobe adalah satu bilik (seperti almari) dalam rumah seseorang yang hanya digunakan untuk menyimpan koleksi pakaian.Cadangan terjemahan ialah bilik pakaian.Istilah03.04.2008
Apakah terjemahan atau istilah terbaik untuk 'gallery walk'?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah galeri susur minda atau galeri jelajah minda.Istilah05.02.2014
Mohon dapatkan istilah bagi kata 'Gallery Walk' dalam bahas Melayu. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah "galeri susur minda" atau "galeri jelajah minda".Penyemakan dan penterjemahan18.03.2015
Terjemahan untuk 'management by walking around'/ 'management walk about'Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "management by walking around/management walk about" . Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah pengurusan tinjau mesra atau pengurusan tinjau.Istilah18.02.2013
Saya mencadangkan agar istilah GALLERY WALK diterjemahkan sebagai KEMBARA GALERI Cadangan oleh:CIK HAJAH HAMIDAH ABD HAMID MUNSYI DEWAN KOHORT 1 PENSYARAH KANAN, JABATAN BAHASA MELAYU IPG KAMPUS BAHASA MELAYU.Sila berikan maksud "Gallery Walk" supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan ialah Galeri Susur Minda atau Galeri Jelajah Minda.Penyemakan dan penterjemahan04.09.2015
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasihKami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit).Tatabahasa14.06.2012
123

Kembali ke atas