Sebuah kedai minyak wangi menggunakan perkataan "KEDAI PARFUM" di papan iklan kedainya. Mohon semakan DBP samaada ianya boleh digunapakai sebelum proses Lesen perniagaan dapat dibuat. Terima Kasih. | Encik Hamri, Perkataan yang sesuai ialah Kedai Minyak Wangi bukan parfum. | Istilah | 10.02.2010 |
Salam. Saya ingin bertanya mengenai maksud "Notes" dalam penjelasan bau minyak wangi. contoh, top notes/the notes: lavendar, citrus etc. Terima kasih | Untuk makluman, maksud perkataan "notes" yang merujuk kepada bau minyak tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini disertakan artikel yang diperoleh daripada Wikipedia berkenaan maksud "notes" dalam konteks minyak wangi. | Makna | 11.04.2013 |
Tolong hantarkan senarai kata adjektif yang melibatkan bau (seperti hanyir, hancing, dan sebagainya) bersertakan dengan maknanya. | Antaranya ialah busuk, wangi, hapak. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 05.10.2008 |
MOHON PENGESAHAN AYAT BAGI LESEN IKLAN IAITU 'KEDAI PARFUM' ADAKAH AYAT 'PARFUM' BOLEH DIGUNAKAN. SEKIAN, TERIMA KASIH. | Saudara, Frasa yang betul ialah Kedai Minyak Wangi. | Tatabahasa | 18.02.2010 |
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal. Manakala bagi soalan: 2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi. | Makna | 26.02.2009 |
ASLMK, Adakah Cerpen sama dengan Novel ? Dari. mahasiswa | Apa itu Cerpen
Ia sebuah karya kreatif yg singkat. Ia lazimnya membentangkan sebuah episod yg significant (mungkin boleh lebih sedikit jika anda punya cukup kemahiran menggarapinya) dan melibatkan watak yang amat terhad jumlahnya. Bentuk penulisan ini perlu pendek, tapi tepat; watak diperkenalkan secara dramatik ataupun penuh aksi, tapi jarang dibina dgn cukup sempurna. Sebuah cerita pendek juga lebih cenderung menumpukan perhatian kepada mood, daripada keseluruhan ceritanya.
ATAU
Untuk lebih mudah difaham, kita ibaratkanlah cerpen ini sebagai sebuah tumbuhan (misalnya, pohon bunga) di dalam pasu. yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan bau yang harum (atau mungkin juga tiada bau, bukan?) Bagaimana anda mempastikan bibit bunga yg anda tanam di dalam pasu itu, membesar subur hingga menjadi sebuah pohon bunga yg anda banggai? Ini tugas anda tentunya, untuk menyiram dan membajainya bila perlu. Jika anda menjaganya dgn cukup baik, mana tau mungkin pohon itu akan mengeluarkan bunga yang mengharum wangi dan dikagumi ramai? Bagaimana anda hendak memastikan pohon bunga anda ini, tersenarai sebagai antara pohon bunga terhebat dan termahal pada ketika itu? Misalnya, pohon bonsai yg berharga puluhan ribu satu pasu?
Definasi untuk sebuah novel
Novel mengendalikan perwatakan manusia dalam situasi sosial, manusia adalah makhluk sosial.
Novel menitik beratkan pada watak, terutama sekali pada watak yg cukup bulat - dibandingkan drpd plot.
Satu lagi ciri yang besar tentang novel adalah realism - penuh dgn laporan kehidupan manusia tulen.
ATAU
Untuk lebih mudah difahami, barangkali, kita andaikanlah novel itu ibaratkan sebuah pokok yg lengkap dgn; akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga, buah.
Bagaimana kita ingin memastikan pohon yang ditanam dari hanya sebutir benih ini membesar hingga menjadi pohon, dan mungkin jika bernasib baik ia berupaya pula menghasilkan buah yg lumayan untuk membalas budi anda - ini tugas anda sebagai `petaninya' (penulis) ... mungkin anda akan membajainya dgn baja yang berkualiti tinggi dan rajin pula anda menyiraminya dgn air yg bersih dan bukan yg telah tercemar oleh tumpahan toksid dr kilang dan sebagainya.
Terserahlah pada kita sendiri, kita mahukan cerpen atau novel yg bagaimana; yang subur rendang hingga mampu menghasilkan buah yg manis harum. Atau yg kering kontang hingga seluruh daunnya berguguran ke bumi? Atau lagi dahsyat, kita hanya tanam saja benih (idea) dan mengharapkan benih itu hidup sendiri. Dan kemudiannya kita hairan mengapa benih yg ditanam, lalang pula yg tumbuh. Ya, terserah.Azmah Nordin | Lain-lain | 08.09.2009 |
Saya Mahasiswa Universiti Islam Yala Thailand ingin soal perkenaan tentang apa perbezaan antara cerpen dengan novel wassalam. | Apa itu Cerpen