Tuan,ayat mana yang betul? 1)Wap air kelihatan seperti awan jika diperhatikan. 2)Wap air jika diperhatikan, kelihatan seperti awan. | Ayat (1) Wap air kelihatan seperti awan jika diperhatikan. | Tatabahasa | 29.08.2014 |
Tuan/Puan, Saya menulis emel ini bertujuan untuk menyatakan pertanyaan saya tentang kitaran air semula jadi yang terdapat dalam buku teks Sains Tahun 5 SK, m/s 162-163. Saya mendapati isi kandungan yang disampaikan tidak sama dengan buku teks Sains Tahun 5 SJK. Berikut merupakan perbandingan versi SK dan SJK bagi tajuk kitaran air semula jadi: SK Air menyejat menjadi wap air. -> Wap air terkumpul menjadi awan. -> Awan terkondensasi menjadi hujan. SJK Air menyejat menjadi wap air.(Penyejatan) -> Wap air terkondensasi menjadi titisan air.(Kondensasi) -> Titisan terkumpul menjadi awan. -> Titisan air dalam awan menjadi berat dan menurun, maka membentuk hujan. (kerpasan) Saya harap boleh mendapat penerangan yang selanjut atau apa-apa sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan supaya pertanyaan ini dapat diselesaikan, pada masa yang sama juga memberi maklumat yang benar dan tepat kepada murid-murid. Sekian. *Buku teks yang dinyatakan merujuk kepada buku teks KSSR | Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my atau Pegawai Kanan Bahagian Buku Sekolah, Puan Zaiton binti Ismail melalui talian/e-mel 03-21479541/zaiton3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 28.01.2015 |
jk lmn web dipanggil sesawang, apa plk wap mcm tagtag.com yg blh dlyri melalui hp bergprs? bgs kalau dia ada nama tersendiri! sekian, tm. | Sehingga kini tidak ada istilah komunikasi dan teknologi "tagtag.com" untuk capaian telepon bimbit GPRS dalam Istilah dan Kamus terbitan DBP. Walau bagaimanapun, cadangan sdr akan kami bawa kepada Jawatankuasa Istilah Komunikasi dan Teknologi untuk dipertimbangkan. | Lain-lain | 03.04.2008 |
Soalan ini mengenai keupayaan jenis kain, iaitu 'breathable'. Bolehkah saya menterjemahkan 'Breathability is the ability of a fabric to allow moisture vapor to be transmitted through the material' kepada 'Kebolehnafasan adalah keupayaan kain dalam membolehkan lembapan wap dipancar melalui kain tersebut'. Jadi, bolehkah saya terjemah 'breathable cloth' sebagai 'kain boleh nafas'? Terima kasih. | Salam Sejahtera. Kami mencadangkan terjemahannya adalah seperti yang berikut: Kebolehnafasan ialah keupayaan kain/fabrik untuk memindahkan wap air melalui bahan tersebut. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.10.2017 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara "kelembapan" dan "lembapan"? Mohon maklumat penggunaan frasa berkenaan. Terima kasih pihak DBP. | Kelembapan bermaksud keadaan yang lembap, perihal lembap (tidak kering). Contoh penggunaan ialah kabus di hutan itu tebal kerana kelembapannya tinggi. Lembapan pula bermaksud (banyak sedikitnya) wap air yang terkandung dalam udara. Contoh penggunaan perkataan lembapan ialah hujan asid berpunca daripada percampuran asap yang dibebaskan dari kilang, asap kereta dan sebagainya dengan lembapan udara. | Makna | 04.03.2019 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "soil vapor screening" , "dekontamination" Adakah pihak DBP punya sebarang sumber berkaitan untuk mengetahu glosari yang sahih bagi merujuk terjemahan kaedah-kaedah atau istilah kejuruteraan awam/alam sekitar | Penggunaan yang betul dalam bidang kejuruteraan ialah dekontaminasi (bahasa Inggeris - decontamination). Tidak ada padanan khusus untuk soil vapour screening. Dalam bidang kejuruteraan screening diterjemahkan kepada penskrinan atau penapisan, vapour diterjemahkan kepada wap dan soil ialah tanah. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.08.2015 |
Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. | Salam, Apakah definisi untuk 'kapal laut'?saya cuba mencari maknanya di dalam Kamus Dewan tetapi tidak jumpa dalam entri 'kapal'. Selain itu, saya juga ingin bertanya, adakah bentuk dan fungsi kapal laut sama seperti kapal pesiaran seperti Star Cruise dan sebagainya?Terima kasih. Dalam bidang Geografi - Kapal laut yang menggunakan tenaga wap. Makna dalam kamus pula, Laut -bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera); laut pula air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi. Maka secara harfiahnya, 'kapal laut' ialah bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera) yang digunakan di laut masin. | Istilah | 28.05.2013 |
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan Iv | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah I, II, dan III. Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut. | Tatabahasa | 24.06.2010 |