Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.raÖ] | ورع

Definisi : Ar taat dan patuh kpd Allah, tidak melanggar larangan agama; kewarakan sifat warak: agar kehidupan setiap manusia terisi dgn kebijaksanaan, semangat wira dan ~ mestilah dipupuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.raÖ] | ورع

Definisi : badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.raÖ] | ورع

Definisi : taat kpd Allah; taat melakukan suruhan Allah dan tidak melanggar larangan-Nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warak (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan taat kepada Allah, patuh kepada Allah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya merupakan pelajar PhD, setelah VIVA, didapati perkataan religiositi tidak dapat dikenal pasti. Tajuk kajian saya adalah PENGARUH PEMANTAUAN IBU BAPA, KOMUNIKASI IBU BAPA, RELIGIOSITI DAN PERSONALITI TERHADAP TINGKAH LAKU DEVIAN REMAJA DI MALAYSIA. Selain itu, sebelum ini saya telah memberi cadangan Saran Kata berkaitan perkataan "religiositi" , pada tarikh 10 Mac 2022.Religiosity diterjemahkan kepada keagamaan, iaitu yang berkaitan dengan perihal agama. Walau bagaimanapun, dalam konteks penggunaan yang dinyatakan "kewarakan/sifat warak" sesuai digunakan, iaitu sifat yang dikaitkan dengan orang yang taat beragama. Tiada perkataan relegiositi dalam bahasa Melayu kerana keagamaan/kewarakan/sifat warak telah mencakup makna tersebut.Istilah20.05.2022
Salam. saya ingin bertanya tentang "Ulama". Seseorang individu hendak menjadi atau digelarkan sebagai ulama, individu berkenaan perlu mempunyai pendidikan islam dalam degere, master atau PhD? Atau ia perlu menduduki peperiksaan khas atau mendapat kelulusan Board baru boleh digerkan sebagai ulama? Sekian Terima Kasih. SawMenurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata ulama bermaksud orang yang mahir atau yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama Islam. Sungguhpun begitu, bukan sebarang orang boleh digelar ulama. Gelaran ini diberikan kepada tokoh yang bukan sahaja mempunyai ilmu yang lebih tinggi dan mendalam mengatasi sarjana atau ilmuan di universiti sekarang, malah mencintai ilmu, beramal soleh dan berkeperibadian unggul. Contohnya Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’e atau yang sering disebut Imam Syafi’e. Beliau bukan sahaja arif dalam ilmu agama tetapi memiliki sifat amanah, zuhud, warak, takwa, dermawan dan baik tingkah lakunya.

Namun, terdapat juga penggunaan kata ulama dalam masyarakat Melayu di negara ini yang merujuk gelaran kepada seseorang yang pandai dalam agama dan politik.
Makna29.09.2023

Kembali ke atas