Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
warga (kata nama,)
Bahasa Asal :Jawa
Bersinonim dengan ahli, anggota, peserta, kaum, bani;,
Kata Terbitan : kewargaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaa kata sendi nama 'dari' digunakan secara betul dalam ayat ini? " semua warga negara sama di sisi undang-undang, 'dari' individu biasa hingga pimpinan tertinggiPenggunaan kata sendi nama yang betul dalam ayat tersebut ialah "daripada". Sebagai contoh, Semua warganegara sama di sisi undang-undang, daripada individu biasa hingga pimpinan tertinggi.Tatabahasa02.05.2021
Mohon senaraikan perkataan Bahasa Melayu yang dicantumkan, misalnya antarabangsa. Adakah perkataan warganegara (satu perkataan) atau warga negara (dua perkataan).Perkataan tersebut ialah kata majmuk yang mantap. Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa08.03.2013
Salam. Harap pihak tuan/puan dapat mengesahkan pengejaan perkataan di bawah: - BUDIBICARA / BUDI BICARA - BERTANGGUNGJAWAB / BERTANGGUNG JAWAB - WARGANEGARA / WARGA NEGARA - TATASUSILA / TATA SUSILA - BERPUASHATI / BERPUAS HATI Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul : budi bicara; bertanggungjawab; warganegara; tatasusila; berpuas hati.Ejaan13.11.2009
Assalamualaikum. Sebagai Bahasa Kebangsaan bagi negara mengikut Perlembagaan Malaysia, DBP & Lembaga Pengelolanya bertanggungjawab, melapor diri, dan liable kepada siapa? Yg Dipertuan Agong, PM, Jemaah Menteri (kementerian mana), Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman, atau siapa? Saya juga cadangkan penambahan kepada objektif DBP iaitu pematuhan pada penguasaan amali Bahasa Melayu (bertutur, membaca, menulis, dan memahami) oleh warga negara Malaysia sepertimana takrifan warga negara di Perlembagaan Malaysia. Terima kasih.DBP ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelaksanaannya di bawah kawalan Lembaga Pengelola DBP. Kami amat bersetuju dengan pandangan tuan, sewajarnya warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu dan menggunakannya pada setiap peringkat urusan lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi di dalam mahupun di luar negara. Syabas, kami ucapkan kepada tuan yang berusaha mengekalkan jati diri warganegara Malaysia walau di mana jua tuan berada.Lain-lain04.03.2019
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk menguasai bahasa Melayu?Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan yang memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Sedikit maklum balas yang dapat kami berikan ialah ibu bapa itu sendiri sebagai warga negara Malaysia harus berbangga dengan bahasa rasmi negara. Rasa bangga dan cinta akan bahasa rasmi negara harus diterapkan pula kepada anak-anaknya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain21.01.2013
محمد فزلي ليد سڠݢام Ya.. saya pekerja di salah sebuah GLC. Dari dokumen seringkas memo kepada staff terbawah, hingga ke laporan projek kepada klien, semua dalam bahasa Inggeris.Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran dan jati diri dan warga negara adalah sesuatu yang amat bernilai dan kami berharap kesedaran yang nampak kecil ini memberikan impak yang sangat bermakna. DBP akan menggerakkan program kerjasama kebahasaan dengan pihak GLC dan yang utamanya ialah Program Audit Bahasa Melayu. Harapan kami agar dapatan sahih ini menjadi titik tolak kepada agenda kesinambungan usaha pemartabatan bahasa Melayu di negara kita.Lain-lain07.10.2015
mohon untuk mendapatkan pernyataan yang mana lebih tepat Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif melalui penglibatan multisektoral ke arah kesejahteraan warga emas sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030.Ayat pertama dengan sedikit pindaan "Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mengupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi status Negara Tua menjelang 2030".Tatabahasa18.01.2013
kemasukan warga asing "ke" negara ini atau kemasukan warga asing "di" negara ini ? Apakah perbezaan antaranya?

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.

Dalam ayat di atas, kata sendi nama "ke" lebih tepat digunakan kerana perkataan "kemasukan" membawa maksud perihal masuk, dan "negara ini" membawa maksud tempat atau arah yang dituju.

Tatabahasa09.01.2021
1) Antara langkah yang boleh dijalankan 'adalah' atau 2) Antara langkah yang boleh dijalankan 'ialah' ------ 1) warga tua penting untuk pembangunan negara atau 2) warga tua penting untuk membangunkan negara Terima kasih.1. Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan untuk kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam dan sebagainya.

2. Warga tua penting dalam pembangunan negara.
Tatabahasa07.03.2015
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali:
5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka.
6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja
 
Tatabahasa01.10.2012
123

Kembali ke atas