Assalamualaikum w.b.t Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melancarkan laluan baharu perkhidmatan bas percuma GoKL sedikit masa lagi. Setiap laluan akan dinamakan berdasarkan warna-warna tertentu. Pengurusan ini memohon padanan yang bersesuaian bagi warna Maroon dan Magenta. Apakah padanan Bahasa Melayu yang bersesuaian dengan warna-warna tersebut? | Padanan maroon dalam bahasa Melayu ialah merah manggis, dan magenta ialah ungu kemerahan. | Istilah | 19.06.2020 |
Salam. 1. Ayat yang manakah lebih gramatis? (a) Meng Hua suka semua warna kecuali warna hitam. (b) Meng Hua suka semua warna kecuali hitam. 2. Adakah kata warna itu perlu atau tidak? Terima kasih. | Kedua -dua ayat adalah betul dan boleh digunakan. Perkataan warna boleh digugurkan sebelum perkataan "hitam" dalam ayat (b) kerana "semua warna' telah disebut pada permulaan ayat dan telah jelas bahawa hitam merujuk pada warna dan tidak merujuk pada perkara lain. (a) Meng Hua suka semua warna kecuali warna hitam. (b) Meng Hua suka semua warna kecuali hitam. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
Salam sejahtera, a) Kamu suka warna merah atau warna hijau ? b) Kamu suka warna merah atau hijau ? Manakah satu ayat lebih gramatis ? Bolehkah dalam satu ayat perkataan warna wujud dua kali atau perlu gugurkan salah satu perkataan warna? Terima kasih . | Ayat yang gramatis dan tidak lewah ialah "Kamu suka warna merah atau warna hijau?" | Tatabahasa | 09.09.2014 |
Apakah terjemahan untuk "light brown" dan "dark brown"? Adakah coklat cerah dan coklat gelap? | Istilah warna dalam bahasa Melayu untuk: Light brown = Perang muda Dark Brown = Perang tua Terdapat istilah warna-warna yang tertentu mengikut ton yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun terdapat juga istilah umum yang biasa digunakan seperti istilah warna dalam soalan. Terima kasih. | Istilah | 22.09.2017 |
salam satu malaysia, saya tertarik dengan buku teks Bahasa Malaysia KSSR tahun 1 yang diterbitkan oleh DBP (2013) m.s 76 dan 77. walau bagaiamanapun, saya kurang faham penggunaan 'akan' dalam ayat tersebut iaitu; 1. saya suka akan warna warna biru ( m.s 76) 2. Tawi gemar akan warna merah ( m.s 77) bolehkah ayat tersebut ditulis tanpa menggunakan perkataan 'akan' iaitu saya suka warna biru sahaja? | Perkataan "akan" digunakan untuk menunjukkan ayat yang gramatis dan untuk memerikan unsur emotif.Untuk makluman saudara, perkataan "akan" digunakan di hadapan kata nama (bukan kata kerja) sahaja. Oleh itu, tidak salah sekiranya ayat tersebut berbunyi " Saya suka warna biru". | Tatabahasa | 05.06.2014 |
(1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Perkataan "merah" dalam ayat (1) hingga (4) di atas mengandungi pelbagai fungsi dalam ayat. Apakah fungsi kata "merah" dalam keempat-empat ayat itu dan berikan sebabnya. | (1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Dalam ayat 1, 2 dan 3, merah berfungsi sebagai warna yang dapat dilihat secara fizikal. Manakala bagi ayat 3, merah menunjukkan konotasi dengan warna merah yang terang dan mempunyai maksud tersembunyi iaitu berani.
| Tatabahasa | 25.10.2012 |
1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat. | Lain-lain | 08.06.2010 |
Soalan 1 Jata Negara (dilengkongi/dilengkungi) oleh dua karangan padi. Soalan saya: Apakah jawapan yang betul?saya keliru dengan maksud dilengkongi dengan dilengkungi. soalan 2 Warna kuning warna diraja. Soalan saya: Adakah perkataan diraja perlu guna huruf besar untuk huruf pertama? Iaitu menjadi Diraja | 1. Maksud "LENGKUNG" ialah lengkok, kelok, (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dilengkungi ialah dilengkok atau dikelok. Tiada istilah "dilengkongi". 2. ejaan yang betul "Diraja" bagi yang bersifat umum ialah "Warna kuning warna diraja". Contoh lain yang bersifat umum ialah "keluarga diraja, peralatan kebesaran diraja dan hormat diraja". Tetapi, bagi yang bersifat khusus, ejaannya ialah "Diraja" seperti "Polis Diraja Malaysia", "Profesor Diraja", dan lain-lain. | Tatabahasa | 19.10.2014 |
1. Bibir gadis itu merah. 2. Baju merah itu mahal. 3. Merah lambang keberanian. 4. Warna merah warna kegemaran adik. Apakah fungsi kata 'merah' dalam keempat-empat ayat itu. | Dalam ayat pertama dan kedua "merah" berfungsi sebagai kata adjektif. Dan "merah" dalam ayat ketiga ialah adjektif yang mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek ayat sama seperti ayat keempat, ayat yang gramatis merah warna kegemaran adik. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk binaan ayat. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
nak tahu maksud sawo matang | Maksudnya buah ciku masak, selalunya merujuk pada warna kulit iaitu warna coklat kemerah-merahan iaitu warna buah ciku masak. | Makna | 03.11.2006 |