Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.sang.ka] | وسڠک

Definisi : = syak ~ syak dan sangka, curiga, kecurigaan, kebimbangan hati, khuatir (bim­bang, ragu-ragu), sangsi: tegur sapa orang dijawabnya dgn tulus dgn tiada menaruh syak ~ sedikit jua; berwasangka menaruh syak wasangka: janganlah kita begitu mudah ~ terhadap orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.sang.ka] | وسڠک

Definisi : , = syak ~ rasa khuatir; kebimbangan hati: Ia menaruh syak ~ terhadap pekerja baru itu. berwasangka mempunyai atau menaruh wasangka: Tidak baik ~ buruk terhadap orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wasangka (kata nama)
Bersinonim dengan prasangka, kesangsian, kecurigaan, kekhuatiran, buruk sangka, syak dan sangka, kebimbangan hati.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam..saya pelajar dari Kolej Mara Banting..saya perlu menyiapkan tugasan World Literature..saya telah memilih novel Lagak Wasangka dan Okonkwo bagi tugasan tersebut..tajuk yang saya ketengahkan ialah tindakan watak utama lelaki dalam menimbulkan unsur dramatik terhadap pembaca..sebagai pendahuluan..saya memerlukan definisi unsur dramatik yang digunakan dalam novel dan juga definisi tindakan berdasarkan pandangan para sarjana..saya harap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada saya..sekian terima kasih..

Dramatik adalah suatu unsur dalam PLOT. Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, dramatik bermaksud 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menim­bulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb). Berdasarkan definisi tersebut, maksud kedua adalah berkaitan untuk menghuraikan tentang unsur dramtik yang terdapat dalam dua buah novel yang ingin saudari kaji. Saudari bolehlah melihat perkara-kara yang mengugah jiwa atau dengan kata lain tindakan-tindakan watak utama sama ada dalam dialognya atau pun tindakannya kepada watak lain.

Berkaitan dengan definisi tindakan watak oleh para sarjana sastera pula, tidak terdapat suatu pun pandangan konkrit tentang tindakan watak dalam sesebuah karya. Jika ada pun pandangan para sarjana adalah apabila mereka menyentuh sesebuah karya berdasarkan pendekatan Psikoanalisis. Dalam pendekatan tersebut, Sigmund Freud telah menghuraikan tingkah laku manusia (tindakan) berdasarkan id, ego dan superego. Berkaitan dengan pendekatan Psikoanalisi ini mungkin saudari boleh merujuk maklumat-maklumat yang terdapat di laman internet di bawah entri Sigmund Freud.

Lain-lain14.06.2010
apa ertinya TOMAHAN? sila beri definasi yang tepat dan sekurang-kurangnya satu contoh perkataan yang menggunakan tomahan. terima kasih.tohmahan bermaksud tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan yg melulu: cth ayat, dia tidak terlepas drpd tohmahan mereka;Makna30.10.2007
saya seorang pembantu tadbir yang sedang bertugas di sebuah sekolah cina di ipoh. saya ingin mengetahui apa ertinya perkataan 'tomahan'. dan sekiranya boleh, buat satu ayat yang menggunakan perkataan ini supaya saya dapat memahaminya dengan lebih mendalam. ada orang yang kata tomahan itu tuduhan, saya agak keliru. diharap mendapat penjelasan daripada tuan. sekian, terima kasihtohmahan bermaksud tuduhan yangg berdasarkan syak wasangka atau tuduhan yang melulu contoh ayat Dia tidak terlepas daripada tohmahan mereka.Tatabahasa30.10.2007

Kembali ke atas