"will writing and estate planning " can l tranlate in bahasa in this way - perunding wasiat dan perancangan estet / perunding wasiat dan perancangan harta pusaka | Terjemahan yang betul ialah "penulisan wasiat dan perancangan harta pusaka. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2007 |
Wasiat Terakhir Tunku Pesanan Tunku | Wasiat Tunku Pesanan Terakhir Tunku | Tatabahasa | 12.11.2008 |
Menurut wasiat Encik Wong, rumahnya dan semua perabot yang berada di dalamnya adalah / ialah kepunyaan anak sulungnya. Dalam ayat di atas, adakah "ialah" atau "adalah" lebih sesuai? | Dalam ayat contoh yang saudara berikan, perkataan "ialah" lebih sesuai. "Menurut wasiat Encik Wong, rumahnya dan semua perabot yang berada di dalamnya ialah kepunyaan anak sulungnya." Hal ini kerana kata "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama manakala kata "adalah' digunakan di hadapan kata sendi atau kata adjektif. Perkataan yang mengikuti "ialah" dalam ayat ini ialah "kepunyaan", iaitu bentuk kata nama terbitan. | Tatabahasa | 25.02.2014 |
Ayat: Satu daripada wasiat Raja-raja Melayu ialah mendaulatkan bahasa Melayu. Raja-raja Melayu atau raja-raja Melayu (nama am, kedua-dua r huruf kecil) atau raja Melayu (nama am, r huruf kecil) atau Raja Melayu (nama khas?) atau ada yang lain? | Ejaan yang betul ialah wasiat Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan/pertubuhan khas. | Ejaan | 29.12.2009 |