Tuan, sebagai permulaan setiap isi, manakah frasa berikut adalah benar: 1. Memetik wasilah nirmala seterusnya, ATAU 2. Memetik wasitah nirmala seterusnya, Terima kasih | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Merujuk pada pertanyaan saudara pula, penanda wacana yang dicadangkan ialah "Memetik Wasitah Nirmala Seterusnya..." yang membawa maksud "Kita sedia maklum bahawa..." | Tatabahasa | 14.01.2019 |