Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ti.kah] | وتيقه

Definisi : surat dsb yg menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, dsb) yg diberikan kpd seseorang: pengisytiharan itu telah dibacakan oleh Menteri Besar Perak sebaikbaik sahaja beliau menerima ~ drpd Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ti.kah] | وتيقه

Definisi : surat tauliah atau surat kuasa, spt yg dianugerahkan kpd pegawai tentera dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata watikah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu bagaimana untuk mengenal pasti seseorang individu atau pengamal bahasa itu munsyi dewan. Sekian. Kay Seven

Salam sejahtera, 

 

Mengenal Pasti Munsyi Dewan

 

Merujuk perkara di atas, sehingga tahun 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik dan mengiktiraf lebih 200 orang Munsyi Dewan seluruh Malaysia mengikut 6 zon (tengah,selatan,timur,utara, sabah dan sarawak) yang terdiri daripada Munsyi Dewan (Bahasa), Munsyi Dewan (Sastera) dan Munsyi Dewan (Jawi).

 

Setiap Munsyi Dewan akan menerima:

1. Watikah Pelantikan sebagai Munsyi Dewan dan

2. Kad Munsyi Dewan seperti di lampiran sebagai pengenalan diri (munsyi)

 

(pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sedang dalam proses mengemas kini maklumat dan mengeluarkan kad baharu untuk Munsyi Dewan seluruh Malaysia)

Pembinaan Bakat01.03.2013

Kembali ke atas