Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar diper­tunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi­nyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadi­kan lakonan wayang, melakonkan, mendalang­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.yang] | وايڠ

Definisi : 1 gambar atau patung yg dibuat drpd kulit, kayu dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita. 2 = ~ gambar (gelap) pertunjukan gambar hidup: Saya suka menonton ~ cerita perang. panggung ~ panggung tempat wayang gambar dipertunjukkan. 3 pertunjukan pentas, spt bangsawan, sandiwara: anak ~ orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. ~ golek (patung) wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll). ~ kulit (purwa) wayang drpd patung-patung yg dibuat drpd kulit. ~ orang sandiwara Jawa yg melakonkan cerita-cerita yg berasal dr kitab Mahabharata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,

Puisi
 

Main wayang dua tiga panggung,
     Cubalah tilik hikayat Jawa;
Badan mana saya nak tanggung,
     Gajah seekor dua gembala.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya pelajar kelas dasar university fatoni ingan tanten tatabahsa wayang tetimakasihPerkataan "wayang" bersinonim atau mempunyai makna yang sama dengan "pertunjukan, persembahan, filem, tayangan ,pementasan, dll."Istilah07.04.2015
Saya pelajar kelas dasar Universiti Fatoni ingin tanya tentang Tatabahasa Wayang Tetimakasih."Wayang" bersinonim atau mempunyai makna yang sama dengan pertunjukan, persembahan, pementasan, filem dll."Istilah07.04.2015
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih.Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu  menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya.Lain-lain29.12.2010
Saudara, Bolehkah saudara memberitahu Maklumat yang SAH tentang wayang kulie? Atau pun sebarang website yang sah? Kini saya sedang belajar di University di Taiwan, dan diminta membuat satu Assignment tentang wayang kulit di Malaysia. Tetapi, saya tidak dapat maklumat yang sah daripada sebarang web walaupun puas mencarinya. Harap saudara dapat menolong dalam persoalan ini. Terima Kasih.Sila rujuk bahan ini : 1. Wayang kulit : warisan teater Melayu oleh Ainu Sham Ramli terbitan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1996. 2. salampantaitimur.com/index.php?tag=melayu 3.www.kakiseni.com/articles/people/MDIxOQ.html . 4.www.ask.edu.my/BM/ak_course_wt_dtl.aspLain-lain20.11.2007
Benarkah perkataan 'pawagam' ialah akronim bagi panggung wayang gambar'?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat "pawagam" ialah akronim bagi panggung wayang gambar.Istilah02.10.2015
Apakah wujud perbezaan "panggung teater", "panggung wayang" dan "pawagam"? Sekiranya wujud, apakah frasa yang sesuai digunakan bagi maksud yang sama dalam sesebuah penulisan ilmiah.Istilah "panggung wayang" dan "pawagam" merujuk kepada maksud yang sama. Manakalah, istilah "panggung teater" pula merujuk kepada tempat pementasan persembahan teater.Lain-lain25.09.2019
Penonton berasak untuk membeli tiket wayang. Ada apa-apa kesalahan ?Ayat tersebut betul.Tatabahasa29.07.2013
apakah perbezaan antara pertunjukan dan persembahan ?Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.Lain-lain10.05.2016
Assalamualaikum. Saya nak tanya, apakah istilah yang sesuai/perkataan yang sesuai untuk "video" dalam bahasa Melayu? Wayang gambar? Saya nak perkataan selain "video"

Merujuk kepada kamus Dewan, perkataan video dalam bahasa Melayu ialah 1.  Video  iaitu alat ~ alat utk merakamkan dan menayangkan filem dgn menggunakan pita (disalurkan melalui televisyen) 2. = pita ~ pita bermagnet yg digunakan utk merakamkan gambar dgn suaranya sekali dr televisyen; 3. = filem ~ filem yg telah dirakam­kan pd pita video dan hanya sesuai utk ditayang­kan dgn menggunakan alat video; memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dsb) dlm pita video: filem-filem Melayu telah divideokan.

Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan dan lain-lain.
Cadangan: Tayangan Visual, Tayangan Dokumentari, Tayangan Rencana, Tayangan Filem dsb.

Istilah17.02.2018
Salam sejahtera. Saya ingin cari perkataan yang maknanya sama dengan perkataan "dating" yang bermakna "janji temu dgn seseorang yg berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya utk keluar makan, me­nonton wayang gambar dsb)" (Kamus Dewan Edisi Ke-4). Adakah perkataan "berpacaran" yang merupakan bahasa Indonesia telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu? Jika ya, adakah maknanya sama dengan makna perkataan "dating"? Terima kasih.Berpacaran berasal daripada perkataan Indonesia yang bermaksud menjalin hubungan cinta atau kasih dengan teman lelaki atau wanita.

Dating bermaksud janji temu dengan seseorang yang berlainan jantina (mis antara seorang pemuda dgn teman wanitanya untuk keluar makan, me­nonton wayang gambar dan sebagainya).


Jika dilihat dari segi makna, kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.
Makna18.10.2017
12

Kembali ke atas