Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga DBP. Saya terpanggil untuk menulis komen di sini setelah melihat satu iklan di sebuah akhbar tempatan. Jujurnya saya agak terkilan apabila dalam penulisan bahasa, perkataan ceduk digunakan. Terbaharu saya lihat perkataan 'wayarles' diguna dalam iklan Bahasa Malaysia. Apabila kamus DBP (atas talian) dirujuk, didapati perkataan itu disenaraikan. Agak ralat perkara ini berlaku kerana sudah jelas perkataan itu bukan berasal daripada Bahasa Malaysia. Bukan ke sebelum ini kita guna perkataan "tanpa wayar"? Kenapa "les" di dalam perkataan "wayarles" disamakan dengan perkataan "tanpa"? Sejak bila kita ada imbuhan "les" dalam tatabahasa. Saya seorang pendidik di sebuah universiti, dan sangat menekankan penulisan tesis dalam Bahasa Malaysia yang berkualiti. Penggunaan bahasa yang diceduk ini akan merosakkan bahasa kita. Bagaimana saya nak mendidik pelajar untuk menulis dengan baik sekiranya perkataan tersebut ada dalam daftar kamus dewan. Saya perhatikan banyak perkataan ceduk mula timbul di zaman teknologi maklumat dan ini sangat menyedihkan. Kalau perkara ini diteruskan, tidak mustahil jati diri Bahasa Malaysia akan terkubur. Harap pihak DBP mengambil berat perkara ini. -Pendokong Bahasa Malaysia- | Waalaikumsalam, penggunaan istilah wayarles dan tanpa wayar diterima dalam bahasa Melayu dan juga merujuk kepada wireless. Perkataan wayarles telah lama diterima dalam bahasa Melayu kerana penggunaannya telah mantap. | Lain-lain | 20.01.2015 |
'Wireless' dalam bahasa Melayu apa? | Terjemahan bagi istilah "Wireless" ialah "tanpa wayar" atau "wayarles". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.12.2015 |
Jika tiada imbuhan 'nir' digunakan dalam bahasa melayu yang membawakan maksud 'tiada' kenapa dalam pangkalan data DBP ada penggunaan 'nir'. Contoh dalam lampiran, 'off air' = 'nir' udara dan Wireless Remote Control = Alat Kawalan 'Nir' Dawai. Jika Wireless adalah wayarles kenapa dalam istilah alat kawalan ia adalah nir dawai. Kenapa off air adalah nir udara. Apakah maksud nir di sini? Kenapa 'nir' tidak sesuai digunakan dalam istilah cashless = nirtunai? wireless = nirwayar?. Kalau Wireless boleh jadi wayarles, cashless boleh la jadi tunailes? | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan Jawatankuasa Istilah telah memutuskan pemilihan perkataan yang sesuai bagi padanan dalam bahasa Melayu seperti yang terakam di dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 20.02.2019 |
Saya ingin bertanya mobile and wireless communication boleh terjemahankan dalam bahasa melayu bagi term kejuruteraan... | Istilah bahasa Melayu bagi mobile and wireless communication ialah komunikasi mudah alih dan tanpa wayar/wayarles. | Istilah | 01.10.2010 |
Adakah wujud perkataan dengan imbuhah 'NIR' seperti perkataan NIRTUNAI (Cashless) atau NIRWAYAR (Wireless)? Adakah ianya sah digunakan dalam teks ucapan atau kenyataan akhbar? | Untuk makluman tuan, tiada imbuhan NIR dalam bahasa Melayu. Padanan istilah cashless dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah tanpa tunai, manakala terjemahan bagi istilah "Wireless" pula ialah "tanpa wayar" atau "wayarles". | Penyemakan dan penterjemahan | 05.10.2018 |