Apakah terjemahan sebenar untuk Website? Tapak Web? Laman Web? Laman Sesawang? Mohon pihak DBP rujuk dalam kamus on-line DBP. | Bidang Teknologi Maklumat menterjemahkan website kepada tapak web, walau bagaimanapun istilah laman web dan laman sesawang juga telah banyak digunakan dan diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.04.2016 |
bolehkah padanan bahasa Melayu untuk website dan webpage iaitu “laman web” dipendekkan menjadi “web” seperti ayat contoh “bukakan applikasi web ini”? | Penggunaan yang tepat ialah laman web. | Istilah | 05.03.2021 |
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "web beacon" merujuk kepada sesuatu teknik yang digunakan pada laman web dan e-mel untuk membolehkan pemeriksaan mengenai sama ada seseorang pengguna telah mengakses kandungan tertentu. "Web beacon" biasanya digunakan oleh pihak ketiga untuk memantau atau menjejaki aktiviti pengguna pada sesuatu laman web. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "web beacon"? | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: web beacon - bikon web Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 26.07.2021 |
yang manakah tatabahasa yang betul? -di laman web/ pada laman web terima kasih | Jawapan yang betul ialah melalui laman web | Lain-lain | 22.09.2020 |
Adakah "di" juga digunakan untuk merujuk sasaran berunsur astrak? Contoh: lawati kami di laman web menurut Tatabahasa dewan, "di" digunakan di hadapan kata/frasa nama yang menunjukkan tempat Apakah subjektif untuk menggunakan "di" pada laman web. Adakah laman web di kategorikan sebagai tempat? | Menurut data kami, ayat yang betul ialah lawati kami melalui laman web. Laman web bukan merujuk kepada tempat yang bersifat fizikal maka perkataan yang tepat ialah melalui. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan melaui bermaksud dengan perantaraan. | Lain-lain | 29.06.2018 |
Hijab Closet Sep 15th, 2:51pm saya tidak dapat akses laman web DBP. adakah laman web sedang bermasalah? | Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan/puan hadapi. Walau bagaimanapun, kini laman web kami boleh dilayari seperti biasa. | Lain-lain | 15.09.2015 |
Farhana Syazwani Mohsin 9.09 PAGI Farhana Syazwani Mohsin Selamat pagi ecnik/cik. Siapa ya yang menguruskan laman web prpm? laman web sudan tiga hari bermasalah. Kamus Bahasa inggeris dan melayu tak keluar dalam web. Harap boleh ambil tindakan segera | Masalah telah dapat diatasi dan maklumat daripada Kamus Inggeris - Melayu kini boleh diakses seperti biasa. Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan hadapi. | Lain-lain | 16.10.2017 |
Salam sejahtera, Bagi pendapat tuan/puan, yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "dear" untuk ayat "Dear website user," 1. Wahai pengguna tapak web 2. Pengguna tapak web yang dikasihi 3. Lain-lain (sila nyatakan cadangan anda) Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Pada pandangan kami, terjemahan yang sesuai ialah "Pengguna tapak web yang dihormati" | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2014 |
DIDALAM WEB/PORTAL KERAJAAN ADA PERKATAAN "WEB MOBIL" CONTOH PORTAL MAMPU, JPM. ADAKAH PERKATAAN MOBIL MEMBAWA ERTI TELEFON BIMBIT ATAU KENDERAAN? MOHON PENGGUNAAN BAHASA MELAYU YANG BETUL MENGENAI PERKATAAN MOBIL INI. | Merujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1472, perkataan “mobil” merujuk kepada kenderaan berkereta dalam bahasa Indonesia. Makna keduanya ialah sesuatu yang mudah bergerak, digerakkan atau dipindahkan. Namun begitu, sudah menjadi kelaziman perkataan yang sesuai untuk “mobil” ialah “alat telekomunikasi mudah alih”. Berdasarkan laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), “Web Mobil” merujuk kepada “Laman Web Mudah Alih”, manakala “Aplikasi Mobil” merujuk kepada “Aplikasi Mudah Alih”. | Tatabahasa | 13.07.2023 |
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "web application" yang sesuai adalah "aplikasi web" atau "aplikasi sesawang"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih. | Terjemahan yang paling sesuai bagi web application ialah aplikasi sesawang, namun aplikasi web juga boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.05.2019 |