| Yang mana satukah betul setelah diterjemah? West Luzon -> Luzon Barat/ Barat Luzon Northern Sumatra-Andaman-> Utara Sumatra-Andaman / Sumatra-Andaman Utara | Salam sejahtera, Tuan, West Luzon diterjemahkan sebagai Luzon Barat Northen Sumatra-Andaman diterjemahkan sebagai Sumatra-Andaman Utara Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.08.2017 |
| Adakah pihak DBP mempunyai hak untuk menegur pihak seperti KTMB berkaitan tiada penggunaan Bahasa Melayu pada laman web KTMB? Jika ada, semak sekali laman web MyRapid. Saya pelik mengapa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan alasan laman web digunakan oleh semua orang dari pelbagai negara. Jika ingin dibandingkan, pengguna berBahasa Melayu lebih ramai berbanding yang berBahasa Inggeris. Selain itu, adakah pihak DBP mempunyai hak utk menegur pihak MRT Corp yang menggunakan sesetengah nama stesen bagi Laluan SSP dlm Bahasa Inggeris? Contohnya, Sri Damansara West, Sentul West, KLCC East, Bandar Malaysia North,Serdang Raya South&North dan Cyberjaya North. Lebih enak didengar jika perkataan 'West,East,North,South' ditukar ke Bahasa Melayu seperti KLCC Timur dan Sentul Barat. Harap pihak DBP dapat menyelesaikannya kerana penggunaan Bahasa Melayu semakin hari semakin berkurang. Terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya. Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai. | Lain-lain | 03.03.2018 |
| Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East Johore | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.07.2020 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejatera, Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, 2. Untuk makluman, Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East Johore 3. Segala kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com | Penyemakan dan penterjemahan | 28.07.2020 |
| PERTANYAAN MENGENAI NAMA KHAS/ISTILAH BAGI KAWASAN PERAIRAN DAN LAUT MALAYSIA Untuk makluman, Jabatan Meteorologi Malaysia sedang mengemaskini sistem amaran cuaca dan dan laman web rasmi. Justeru itu, kami ingin mohon pencerahan bagi beberapa nama khas/istilah kawasan perairan dan laut Malaysia untuk diterjemah kepada Bahasa Inggeris seperti berikut: a) Melaka; Melaka atau Malacca b) Selat Melaka; Straits of Melaka atau Straits of Malacca c) Johor; Johor atau Johore d) Johor Barat; West Johor atau West Johore e) Johor Timur; East Johor atau East Johore Segala kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.07.2020 |