| Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "pop-up blocker" (yang menghalang tab baru daripada dibuka dalam sesuatu penyemak imbas)? | Belum ada lagi istilah untuk "pop-up blocker" dalam bahasa Melayu. Kami cadangkan dua istilah yang boleh digunakan mengikut konteks: 1. "Penghalang tetingkap timbul" sekiranya ia window 2. "Penghalang kotak timbul" sekiranya ia box
| Makna | 27.04.2014 |
| Apakah terjemahan bagi perkataan "pop-up" dalam konteks teknologi maklumat. Contoh sesuatu halaman yang keluar apabila klik sesuatu folder/aplikasi | Berdasarkan rujukan kami, terdapat istilah yang berkaitan dengan perkataan pop-up dalam bidang teknologi maklumat yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai. Antaranya seperti yang berikut: - Pop-up menu – menu muncul
- Pop-up box – kotak timbul
- Pop-up window – tetingkap timbul
- Pop-up list box – kotak pilihan pop-naik
| Istilah | 21.03.2022 |