Salam sejahtera, Bolehkah "Windows registry" diterjemahkan sebagai "Pendaftaran Windows" atau "daftar Windows"? Perkataan digunakan dalam perisian(Teknologi Maklumat). Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Sumber: Windows Registry. The registry is a hierarchical database that stores low-level settings for the Microsoft Windows operating system and for applications that opt to use the registry. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Perkataan Windows registry boleh diterjemahkan kepada daftar Windows. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.01.2018 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapat kepastian tentang perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu Android, iOS, Windows, Hip-Hop dan Punk. 1. Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu ? 2. Jika hendak digunakan dalam karangan bahasa Melayu, apakah sistem ejaannya yang betul ? | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang ditanya: a) android: android b) hip-hop: hip-hop c)punk: rock punk Sila rujuk halaman PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=android&d=286464&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut. iOS dan Windows merupakan kata nama khas. Oleh itu, ejaannya dikekalkan seperti perkataan asal. Sekiranya "windows" digunakan sebagai kata nama am seperti "cascading windows", perkataan "windows" diterjemahkan sebagai tetingkap melata (kaedah pemaparan susunan tetingkap yang bertindih supaya bar tajuk masing-masing sentiasa kelihatan iaitu tidak terlindung atau tertindih). | Makna | 07.12.2018 |
Salam 1 Malaysia. Tuan/Puan, sila berikan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "bootable". Contoh ayat: Windows bootable disc Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah boleh but. | Istilah | 28.06.2016 |
saya ingin mencari bahan rujukan khusus untuk pengajian islam (pendidikan),harap pihak tuan dapat memberikan beberapa maklumat tentang isi judul buku tersebut: 1.Education Psychology :windows of classroom 2.An Introduction To Child Development. 3.Educational Psychology Developing Learning. 2. tolong berikan makna bg perkataan Greek 1. Psyche 2. Logos | Makna Psyche -n jiwa: it’s not easy to fathom the human ~, tdk mudah utk memahami jiwa manusia. Saudara boleh merujuk di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM atau pun Perpustakaan Universiti Malaya | Lain-lain | 15.09.2008 |
Adakah pihak DBP menyediakan application kamus untuk apple iphone @ ipad? jika tidak, saya berharap pihak DBP dapat memulakannya memandangkan ianya mampu digunakan secara meluas. Bahkan, terdapat juga pihak swasta telah menyediakannya tetapi ianya tidak lengkap/tepat sebagaimana terdapat didalam DBP. Pada masa sekarang, pengguna tidak hanya berdasarkan kepada application windows, tetapi juga kepada application mac. sekian, terima kasih | Belum ada lagi aplikasi kamus untuk gadget. Kami ambil maklum cadangan saudara dan bersetuju dengan pandangan saudara. Untuk memperkasakan bahasa dan menggalakkan penggunaan bahasa yang baik dan betul, infrastruktur dan infostruktur memperkembangkan bahasa harus lengkap dan selari dengan perkembangan semasa. | Lain-lain | 31.12.2011 |
saya ingin tahu maksud telefon pintar | Selamat petang saudari Mila, Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone">Windows Phone. Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar. | Makna | 15.10.2012 |