Soalan. 1. Manakah yang betul dari segi penggunaan tanda noktah bagi penggunaan akronim bagi kata nama yang disingkatkan. eg. Yang Arif Datuk Wira Mokhtarudin a.) Y.A. Datuk Wira Mokhtarudin b.) YA. Datuk Wira Mokhtarudin c.) YA Datuk Wira Mokhtarudin harap pihak tuan dapat memberi jawaban dan penjelasan terhadap soalan itu kerana baru-baru ini kami ada mendengar pihak DBP membuat penyataan bahawa perkataan yang disingkatkan tidak perlu dinoktahkan. * Harap Maaf jika menggunakan ayat yang tidak gramatis. Dzulkifli Tius | Ejaan yang betul ialah YA Datuk Wira Datuk Wira Mokhtarudin. Sama konsep dengan YB utk Yang Berhormat dan YM untuk Yang Mulia. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
WIRA BUKIT? ADAKAH IANYA NOVEL ATAU TAK? BAGAIMANA PULA DENGAN KARYA ADIK DATANG? SEBENARNYA SAYA DIBERI TUGASAN YANG BERTAJUK RUMUSAN WIRA BUKIT. JADI SAYA INGIN TAHU ADAKAH WIRA BUKIT ITU TAJUK SEBUAH NOVEL? | Selamat pagi. Wira Bukit karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ialah judul buku drama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Sedutan drama ini pernah dipentaskan dalam majlis penganugerahan Sasterawan Negara tersebut. Adik Datang pula merupakan judul novel yang diterbitkan oleh Penerbitan Adabi Sdn. Bhd pada tahun 1980. Terima kasih. | Lain-lain | 09.03.2010 |
Terjemahan kepada superhero adakah adi wira dalam dua perkataan atau adiwira satu perkataan. | Dua perkataan adi wira. | Ejaan | 24.04.2019 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hero diterjemahkan sebagai wira di dalam Bahasa Melayu, manakala superhero diterjemahkan sebagai adiwira (saya tidak pasti samada adiwira ditulis dengan jarak atau tidak.). Jadi, bolehkah saya menterjemahkan istilah - istilah komik seperti "super strength", "super speed" dan "super hearing" sebagai "adi kuat", "adi laju" dan "adi dengar/rungu(pendengaran dalam bahasa indonesia)? Terima kasih. | Istilah yang dicadangkan boleh digunakan dan perlu dieja sebagai satu perkataan, iaitu adikuat, adilaju dan adidengar | Istilah | 18.07.2016 |
Bolehkah anda terangkan maksud epik melayu dan epik hindu? | Epik ialah karya sastera dan karya-karya lain yang menjadikan bakti kepahlawanan sebagai perkara sesebuah epik/mengangkat keperwiraan wiranya. Epik Melayu memaparkan kepahlawanan wira Melayu seperti hikayat Hang Tuah, manakala epik Hindu berlatarkan cerita keperwiraan wira hindu seperti Hikayat Seri Rama. | Sastera | 20.01.2011 |
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih. | Saudara, Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama. watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya. Sekian, terima kasih. | Sastera | 15.09.2011 |
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih | Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja. Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu. Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya. | Lain-lain | 23.04.2008 |
Apakah terjemahan Bahasa Melayu paling sesuai untuk perkataan 'superhero'? | Cadangan terjemahan superhero ke dalam bahasa Melayu ialah adi wira. | Istilah | 08.04.2013 |
Salam, Terdapat banyak khidmat nasihat yang mengkonfiuskan untuk perkataan "Superhero". Ada yang mengatakan adiwira, ada yang kata kena jarakkan supaya jadi adi wira. Bolehkan DBP tolong beri satu jawapan muktamad dan hapuskan kenyataan yang salah agar tiada orang akan bingung lagi dengan penggunaan kata sebenar superhero ini. Terima kasih! | Untuk pengetahuan tuan, perkataan 'adiwira' belum di masukkan sebagai entri perkataan bahasa Melayu dalam kamus. Perkataan 'adiwira' perlu dieja sebagi satu perkataan yang agak sinonim dengan penggunaan perkataan lain yang berawalan 'adi' seperti 'adikuasa', adiraja'. | Istilah | 22.05.2019 |
salam, sy nk tanya kalau bg pahlawan perempuan, diberikan perkataan srikandi, kalu bagi pahlawan lelaki, adakah ada nama lain utk menggantikan pahlawan? | Pahlawan bersinonim dengan wira, pendekar, sateria, kesateria, perwira dan panglima. | Tatabahasa | 07.01.2013 |