| Apakah istilah cadangan bagi 'wire puzzle' dalam bahasa kebangsaan? Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "wire puzzle" tiada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terjemahan secara langsung yang dicadangkan ialah Teka-teki Dawai | Tatabahasa | 27.03.2019 |
| Apa istilah dalam bahasa Melayu - "Wire-O binding"? | Kami mencadangkan jilid dawai-O sebagai padanan bahasa Melayu untuk wire-O binding. | Istilah | 26.02.2019 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan istilah 'Wire take-up machine' dalam Bahasa Melayu. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami, wire take-up machine - wayar penjanaan mesin. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.01.2016 |
| Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Wire transfer"? Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Wire_transfer Terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "wire transfer" ialah pindahan kawat. Istilah ini terdapat dalam buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan. | Istilah | 16.03.2013 |
| Apakah terjemahan bagi perkataan ‘wire-rim glasses’? Terima kasih. | Terjemahan yang paling hampir ialah kaca mata bingkai dawai. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2018 |
| Salam hormat. Mohon cadangan istilah yang sesuai bagi perkataan yang berikut: 1) Lithium cooper recloser, 2) 6-line recloser battery, 3) Battery with wire leads, 4) Lithium coin blister card/pack, 5) Battery pack assembly (process of integrating modules into metal or carbon-fiber composite enclosures that incorporate power, charging and temperature management features). Terima kasih. | Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 1. Pembalut Tembaga Litium 2. Pembalut Bateri 6 Garisan 3. Bateri dengan Wayar Kabel 4. Pek/Kad Gelumbung Bulatan Litium 5. Himpunan Pek Bateri Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini adalah bergantung pada kesesuaian dan konteks penggunaan tuan. | Lain-lain | 07.01.2021 |
| Apakah maksud “penjalur wayar”? Saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan. | Salam sejahtera, Istilah penjalur wayar tiada dalam kamus DBP. Walau bagaimanapun, terdapat istilah wire stripper yang diterjemahkan sebagai pelucut wayar atau pelurut dawai, iaitu alat untuk menanggalkan penebat daripada dawai untuk membolehkan penyambungan. Diharapkan jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
| Istilah | 16.01.2025 |
| 1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :) | Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut: 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Boleh ditanggalkan. 3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi. | Makna | 18.10.2018 |
| 1.MAKNA BARBED(RAZOR)2.MAKNA PICKLES DILLS.3.MAKNA VENTILATOR | Puan Suhaila terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Makna barbed - adj 1. berduri: ~ wire, /kawat, dawai/ berduri; 2. (fig.) tajam, pedas, menusuk hati: a ~ remark, kata-kata yg pedas. Makna pickles - adj 1. preserved in pickle, jeruk: ~ onion, bawang jeruk; 2. (colloq) drunk, mabuk: he would get ~ every night, dia mabuk setiap malam. Ventilator pula ialah - (alat) pengalih udara. | Makna | 10.12.2009 |
| Selamat sejahtera, Apakah maksud "stapel"? Di pangkalan data DBP terdapat dua terjemahan bagi "Staple". Adakah "Stapel" sama maksud dengan "Kokot"? Mohon bantuan DBP dalam pencerahan. Terima kasih. | Perkataan "staple" mempunyai maksud yang berbeza berdasarkan bidang dan kegunaannya.Contohnya bidang kesenian, "yarn staple" diterjemah sebagai "yan stapel", iaitu yan yang diperbuat daripada yan pendek, umpamanya gentian kapas, gentian sayat yang disisir halus supaya lurus dan kemudiannya dipintal. Manakala bagi istilah "wire staple" pula diterjemah sebagai "dawai kokot" , iaitu sejenis dawai yang diperbuat daripada kawat atau dawai yang digunakan sebagai pengikat. | Istilah | 21.05.2015 |