adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah tolong jelaskan. (a)Para penonton bersorak apabila wisel berbunyi/dibunyikan dan pertandingan pun bermula. terima kasih | Para penonton bersorak apabila wisel dibunyikan dan pertandingan pun bermula. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Tuan, untuk bunyi wisel, loceng dan hilaian hantu (selain dialog) dalam novel perlu ditulis bagaimana? (1) 'Prittt...!' atau "Prittt...!" (2) 'Kring...!' atau "Kring...!" Terima kasih. | Dialog menggunakan tanda petik kata (" "), ejaannya "Kring ..." dan "Prit ...". | Ejaan | 23.06.2012 |
1.apakah maksud perkataan inventori dalam bidang sukan? 2.berikan dua contoh inventori dalam bidang sukan untuk memudahkan saya memahami inventori secara jelas yang berkaitan dengan sukan? | Inventori ialah senarai terperinci barang-barang yg terdapat di tempat tertentu. Inventori sukan termasuklah peralatan sukan seperti bola, jam randik, wisel dan sebagainya. | Tatabahasa | 17.09.2012 |
Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh. | 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga. 5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah. | Tatabahasa | 02.07.2012 |