| Saya perlukan cadangan untuk perkataan over time yang tidak merujuk kepada kerja lebih masa. Contoh ayat : Dementia steadily gets worse over time. Terima kasih. | Berdasarkan contoh ayat bahasa Inggeris yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya untuk over time ialah “lama-kelamaan”. (Lama–kelamaan penyakit demensia akan menjadi semakin teruk.) | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2018 |
| Apakah padanan Bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah "dude ranch" dalam ayat yang berikut? On vacation, Alan and Denny find they’re the least popular guests at a dude ranch. When the irritating Melvin Palmer shows up, it only gets worse. | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi dude ranch atau guest ranch ialah "ladang pelancongan." | Lain-lain | 12.05.2022 |