Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. Ar perbuatan menyucikan diri dgn air (sebelum beribadah, spt bersembahyang): sudahkah engkau mengambil ~? 2. air sembahyang; ada ~ ada air sembahyang atau berada dlm keadaan yg membolehkan seseorang beribadah, spt bersembahyang, membaca al-Quran, dll; berwuduk menyucikan diri (sebelum sem­bahyang), mengambil air sembahyang: tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; tawaduk II (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw; nasi ~ nasi yg dimasak dgn santan dan bumbu; uduk II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kebersihan (diri) drpd hadas kecil; air sembahyang. berwuduk membersihkan diri drpd hadas kecil dgn menggunakan air; mengambil wuduk; mengambil air sembahyang: Kita hendaklah ~ dahulu sebelum melakukan ibadat sembahyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wuduk (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan air suci;
Kata Terbitan : berwuduk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak.

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP.

Tatabahasa16.02.2010
Adakah panduan umum dalam transliterasi perkataan Arab berkenaan huruf hamzah, kaf dan qaf. Dan adakah ruang untuk memasukkan penggunaan yang lebih merujuk kepada ejaan Arab di dalam ejaan yang telah dgunapakai di dalam Kamus Dewan, sebagai rujukan silang cthnya, perkataan "takwa" dan diwujudkan rujukan silang dengan perkataan "taqwa." Moga Allah membalas jasa baik pihak tuan. wassalamPedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dirumus khusus bagi penerbitan buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan istilah Agama Islam. Dalam proses transliterasi perkataan Arab ke Rumi, huruf hamzah kepada tanda ', kaf kepada k dan qof kepada q. Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab ke dalam ejaan Jawi dan diselaraskan ejaannya dalam Rumi seperti wuduk, wuquf dan reda. Manakala kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu seperti sabun, darurat dan sahabat. Wallahualam.Lain-lain14.01.2013

Kembali ke atas