adakah perkataan 'optimal' wujud dalam bahasa melayu? atau adakah perkataan 'optimum' sahaja yang harus digunakan? | Perkataan "optimal" tidak wujud, yang wujud "Optimum". | Ejaan | 08.05.2014 |
Adakah wujud perkataan perbenaran? Jika wujud, apa maknanya? Apa beza dengan pembenaran? | Tidak wujud perkataan perbenaran. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, pembenaran ditakrifkan sebagai perihal atau perbuatan membenarkan (contoh: pembenaran pandangan ini dari sudut agama). | Makna | 21.06.2018 |
Wujud istilah ini dalam b.melayu? Governan | Sehingga kini masih belum ada lagi istilah governan dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah tadbir urus. | Istilah | 15.10.2017 |
wujud atau tidak perkataan 'TRANSFORMATIF'? | Perkataan "TRANSFORMATIF" tiada dalam istilah bahasa Melayu, yang ada ialah "TRANSFORMASI" | Tatabahasa | 07.01.2015 |
wujud ke perkataan berbilang-bilang kaum? ata berbilang kaum? | Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud lebih drpd satu banyaknya. | Istilah | 11.07.2010 |
wujud tak perkataan graduat? | Perkataan graduat tidak digunakan dalam bahasa Melayu tetapi diterjemahkan sebagai siswazah. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Makna | 19.01.2010 |
wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. | Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb.. | Tatabahasa | 16.05.2008 |
Wujud atau tidak perkataan perbagai yang bermaksud berbagai-bagai/pelbagai. Pelbagai jenis barang atau pelbagai barang ? | Mengikut Kamus Dewan Edisis Keempat kata pelbagai, perbagai perbagai-bagi bermaksud berbagai-bagai, beberapa jenis. Yang lazim atau yang telah m,antap penggunaannya ialah berbagai-bagai atau pelbagai seperti dalam penggunaan pelbagai barang. Kata pelbagai sudah membawa maksud beberapa jenis. | Makna | 19.03.2008 |
wujud tak pasangan kata hubung walaupun.... tambahan pula/namun ? perilaku atau peri laku? | Walaupun, tambahan pula dan namun merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Ejaan yang betul ialah peri laku. | Tatabahasa | 20.03.2007 |
adakah perkataan menceduk wujud? apakah maksudnya? | Menurut Kamus Dewan, ceduk bermaksud cekung (pipi, mata, dll). Cedok bermaksud mengaut atau mengambil dengan senduk (cebok, gayung dll). Perkataan menceduk tidak wujud, sebaliknya perkataan mencedok wujud. | Makna | 21.11.2012 |