Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wujudlah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan di antara "perletakan" dengan"peletakan"?Ejaan yang betul ialah peletakan. Lazimnya apabila ada kata kerja dengan awalan me- seperti meletak, maka wujudlah kata peletakan, iaitu perihal meletak.Tatabahasa03.05.2013
1) pengunaan bahasa inggeris di dalam bahasa melayu

Saudara Syazwan,

Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu? Penggunaan bahasa Inggeris tidak boleh dicampuradukkan dengan penggunaan bahasa Melayu. Jika dicampuradukkan maka wujudlah apa yang dikatakan bahasa rojak. Walau bagaimanapun, apabila bahasa Inggeris digunakan bersama-sama dengan bahasa Melayu, contohnya dalam iklan atau papan tanda bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi  kedudukan, saiz, ketebalan huruf dan warna. 

Lain-lain30.06.2010
Mohon penjelasan berkenaan istilah penyelenggaraan dengan penyenggaraan. Juga bagi perkataan keterdedahan.Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul dan ada dalam Kamus  Dewan. Kata dasar senggara dan satu variasi lagi kata yang mempunyai sisipan "el" di tengahnya dan wujudlah kata selenggara, dan lahirlah kata terbitan penyenggaraan dan penyelenggaraan.

Manakala keterdedahan pula ialah perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yang wujud dalam negeri;
Tatabahasa24.06.2013
Mohon rujuk lampiran. Perkataan - Penyengaraan; - Betul ke ejaannya? Macam mana dengan Penyelenggaraan atau Penyenggaraan? Selenggara, senggara atau sengara? Apa bezanya? Mohon penjelasan.Untuk makluman tuan, kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul dan ada dalam Kamus  Dewan. Kata dasar senggara dan satu variasi lagi kata yang mempunyai sisipan "el" di tengahnya dan wujudlah kata selenggara, dan lahirlah kata terbitan penyenggaraan dan penyelenggaraan.Ejaan06.08.2014
Hello. Apakah perbezaan antara "jantung" dan "hati"? Adakah jantung utk konteks biologi sains tubuh badan manakala hati utk konteks cinta dan kasih? Di samping itu, sanubari dan kalbu?Jantung dan hati ialah dua organ yang berbeza. Dari aspek bahasa, kedua-dua perkataan merujuk kedua-dua organ tersebut kecuali apabila dirangkaikan dengan perkataan lain maka akan wujudlah makna lain seperti jantung hati yang bermaksud orang yang dikasihi.Tatabahasa19.06.2013
Adakah penggunaan perkataan "penyenggaraan" itu betul? Dalam pangkalan data Khidmat Bahasa Istilah 25.03.2009, ada diterangkan penggunaan kata tersebut, tetapi dalam Makna 29.03.2008 dinyatakan bahawa tidak terdapat kata terbitan "penyenggaraan".Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul dan ada dalam Kamus  Dewan. Kata dasar senggara dan satu variasi lagi kata yang mempunyai sisipan "el" di tengahnya dan wujudlah kata selenggara, dan lahirlah kata terbitan penyenggaraan dan penyelenggaraan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa07.10.2010

Kembali ke atas