Bagaimanakah bentuk ejaan sebenar kata terbitan meN- + X-ray; adakah meng-X-ray atau mengx-ray atau mengX-ray? Jika dibandingkan dengan perkataan e-mel (meng-e-melkan), yang pertama itu tepat dan terdapat dalam PRPM DBP selain terdapat juga yang kedua dalam PRPM | Ejaan yang betul ialah meng-X-ray. | Ejaan | 11.11.2010 |
ada x mksud bg lambakan graduan menganggur | Bermaksud jumlah penganggur daripada lulusan institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat. | Makna | 08.09.2009 |
slm... saya x jumpa 'KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA'. hanya jumpe Khidmat nasihat bahasa... saya ingin memohon lesen perniagaan... dan ingin sertakan visual papantanda syarikat untuk pengesahan bahasa sebelum attach sekali kepada Majlis perbandaran tempat saya... Urgenttt.... | Sila lihat domain ketiga selepas Khidmat Nasihat Bahasa, Pantau Tegur Bahasa dan ketiga Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 06.04.2012 |
ukuran 4kaki x 40kaki | Ungkapan yang betul ialah "Penjual Alat Ganti Kereta" atau "Kedai Alat Ganti Kereta". Sila kemukakan iklan saudara ke "Khidmat Pengesahan Bahasa". | Tatabahasa | 29.10.2011 |
Salam, Mohon panduan ayat manakah yang betul? Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dengan Y atau Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara X dan Y | Frasa yang betul ialah "Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dan Y". | Tatabahasa | 18.10.2013 |
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah. | Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih. | Lain-lain | 27.10.2006 |
bagaimanakah penggunaan unit sukatan kelajuan dalam ayat ini: "He flew an X-15 at a world record speed of Mach 6.70 in October 1967." Cadangan terjemahan: "Dia/Beliau memandu/menerbangkan X-15 pada rekod kelajuan dunia Mach 6.70 pada bulan Oktober 1967." Saya melakukan carian di Google, dan banyak yang meletakkan 'Mach' sebelum angka. Persoalan saya ialah, di antara 'Mach 6.70' dan '6.70 Mach', yang manakah lebih tepat digunakan? | Bentuk yang betul ialah 6.70 Mach. | Istilah | 05.04.2013 |
konsep ayat tunggal dan ayat majmuk? contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dalam novel? contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dalam novel guna teori x-berpalang? contoh ayat selapis dalam teks klasik guna teori x-berpalang? | Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 420. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. Sila rujuk novel untuk mencari contoh ayat-ayat yang berkaitan dan rujuk juga buku Tatabahasa Dewan, Bab 19 untuk mendapatkan maklumat lanjut teori x-berpalang. | Tatabahasa | 26.05.2010 |
Salam Ramadan, 1. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa kata 'meng-e-melkan' dan 'mengX-raykan' adalah salah, sepatutnya 'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'. Pandangan tuan? 2. Ayat: Ikan sungai air tawar sangat digemari oleh kebanyakan orang yang tinggal di kampung-kampung. Betul / Salah | Salam Ramadan, 'meng-e-melkan' dan 'meng-x-raykan tidak salah tetapi lebih gramatis jika menggunakan 'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'. Ikan sungai air tawar...salah- Ikan air tawar...betul
| Tatabahasa | 08.08.2012 |
BABLY ENTERPRISE (SA0077833-X) KERJA KERJA ELECTRICAL WIRING BAGGONAN BARU * JALAN RAYA* RUMAH* KEDAY*DAN LAIN LAIN HUBUNGI H/P 0163031187 Tel/Fax 0351925258 Email bably@.bm.com.my | Puan Remidah, sila hubungi E-mel kami. Kami tidak faham apa yang puan mahukan. | Lain-lain | 24.05.2010 |