Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf ke-14 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol Î, î. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata xi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, tuan, Merujuk kepada buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 (SJK) (terbitan DBP tahun 2004) halaman 33 yang mengandungi aktiviti menyusun semula ayat-ayat yang berikut mengikut susunan yang betul, 1. Jurulatih banyak memberikan tunjuk ajar kepada Ying Xi. 2. Ying Xi amat meminati acara sukan gimnastik. 3. Ibu bapa Ying Xi yakin bahawa suatu hari kelak anak mereka akan mewakili negara. 4. Dia belajar gimnastik sejak tahun satu. 5. Mereka sentiasa memberikan galakan kepada Ying Xi supaya rajin berlatih. 6. Jurulatihnya itu seorang bekas gimnas negara. 7. Bakat Ying Xi semakin menyerlah dan meningkat maju. Guru BM memberikan jawapan - 2, 4, 3, 5, 6, 1, 7. manakala guru BM lain memberikan jawapan - 2, 4, 6, 1, 7, 3, 5. Jadi, apakah jawapan yang tepat, tuan? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,
Pihak puan/tuan perlu merujuk guru yang berkenaan bagi memperoleh jawapan yang tepat. Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.03.2012
Selamat sejahtera. 1.Nama baharu saya dalam bahasa Cina Tan AI Xi. 2.Nama Cina.saya telah ditukarkan kepada Tan AI Xi. Adakah kedua-dua ayat ini gramatis? Terima kasih.

Ayat yang gramatis ialah Nama Cina saya telah ditukarkan kepada Tan Ai Xi.

Tatabahasa05.01.2023
Selamat petang. "Kata-kata Mutiaria Xi Jinping", adakah ungkapan ini betul dari segi tatabahasa? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah “Mutiara Kata Xi Jinping”. Mutiara kata bermaksud kata-kata atau pepatah yang ringkas tetapi bernas menggambarkan ciri-ciri kebenaran atau persepsi kehidupan ini.Tatabahasa08.08.2020
Selamat pagi. Adakah penggunaan kata "dari" dalam ayat berikut betul? Lukisan skrol Sembilan Puyuh karya Xu Xi dari Dinasti Tang Selatan amat indah dan halus. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Lukisan skrol Sembilan Puyuh karya Xu Xi daripada Dinasti Tang Selatan amat indah dan halus”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 269.

Tatabahasa09.06.2024
Wujudkah sukukata bagi 'qa, qi, qu, qe, qo' dan ' xa, xi, xu, xe, xo' dalam Bahasa Malaysia? Jika wujud, bagaimana menyebut sukukata tersebut?Suku kata ini tidak wujud dalam bahasa Melayu.Makna09.09.2008
Adakah perkataan 'aju' digunakan dengan betul dalam ayat berikut: "Adakah engkau bersedia untuk dibebani tanggungjawab besar? aju Omar kepada Xi Yang.Menurut data kami, perkataan aju boleh digunakan.Lain-lain20.10.2018
istilah kejuruteraan bagi- a) Condensate Filter b) Hydrogen Bullet c) Off Gas d) Accumulator e) solvent Feedstock f) Circulation g) Circulating h) Return Line Filter i) Top Circulating Reflux j) Colh front Cooler selain itu pengesahan bagi preheater sama ada prapemanas ataupun pemanas awal Terima kasih atas maklum balas yang bakal diberikan.

Puan,

Padanan istilah adalah seperti yang berikut:

i. turas peluwap ii. peluru hidrogen iii. tutup gas iv. penumpuk v. pelarut suapan vii. peredaran viii. edaran ix. turas garis balik x. refluks edaran atas  xi. perenggan dingin/sejuk xii. prapemanas

Istilah27.08.2010
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah DBP menyimpan sebarang maklumat terperinci mengenai gaya penulisan ilmiah (Gaya Dewan) khususnya dalam menulis nota kaki dan bibliografi? Terima kasih.

Saudara Ronil,

bibliografi ditulis mengikut kaedah ini:

  i.  Nama penulis, editor, atau penyusun diikuti dengan tanda koma.

 ii.  Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah.

iii.   Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

 iv.  Jilid, diikuti dengan tanda noktah.

 v.   Edisi dan cetakan, diikuti dengan tanda noktah.

 vi.  Tempat terbit diikuti dengan tanda titik betindih.

 vii.  Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

viii.  Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah.

 ix.  Judul penerbitan berkala, diikuti dengan tanda noktah.

  x.  Kata singkatan "dlm." dan "hlm." .

 xi.  Bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

xii.  Bentuk penerbitan, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

Nota kaki ditulis di sebelah bawah ruang teks, pada halaman yang sama. Nota kaki dipisahkan daripada teks, oleh satu garis pemisah mendatar dan ditulis santak kiri. Teks nota hendaklah ditulis sebaris dengan nombor nota. Baris berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu.  Nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip dan ditulis berurutan, bermula dengan nombor satu bagi setiap bab. Jika di dalam sesebuah buku itu terdapat banyak nota yang panjang, bahan ini bolehlah disusun sebagai nota bab atat nota hujung. 

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. 

 

Lain-lain04.03.2010

Kembali ke atas