Saya ingin mengetahui penggunaan rujukan seperti Y. Bhg., Y. Brs. dan lain-lain jika ada. Saya telah memahami penggunaan Y. Bhg. dan Y. Brs. Tapi bagaimana jika tetamu jemputan majlis itu tidak mempunyai gelaran atau hanya mempunyai gelaran Dr.? TK | Jika tetamu jemputan tidak mempunyai gelaran, sdr boleh menggunakan ganti nama seperti tuan-tuan atau puan-puan. Manakala seseorang yang telah bergelar dr., gelaran dr. tersebut boleh digunakan dalam ucapan alu-aluan sdr. | Lain-lain | 13.12.2006 |
PANGGILAN UNTUK INDIVIDU DALAM BAHASA SURAT E.G Y.BHG, Y.BHG dll | Panggilan untuk individu YBhg bagi orang biasa dan orang kenamaan ialah tuan atau puan. | Lain-lain | 05.06.2009 |
maksud anak tut? tol ke,hasil drpd mcantmkan tnas drpd 1 pkokpd pkok y lain y sma jnisny?? | Pertanyaan saudara kurang jelas, sila gunakan bahasa Melayu yang baik dengan ejaan yang betul. | Lain-lain | 24.06.2011 |
1. Bila boleh kita guna dari dan daripada? Setahu saya ada perbezaan. 2. Bila boleh kita menggunakan Y.A.B. /Y.Bhg. bagi sesuatu jawatan dalam penulisan. Setahu saya kita akan menggunakan perkataan Menteri Besar sahaja dan bukan Y.A.B. Menteri Besar dalam penulisan. Bila berucap baru disebut Y.A.B. Menteri Besar. Terima kasih. | Dari digunakan dalam frasa yg berkaitan dgn tarikh atau tempat, manakala daripada digunakan dlm frasa yg berkaitan dgn sumber. Sapaan YAB khusus kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar, manakala YBhg sapaan kepada kenamaan lain/orang awam yang bergelar Datuk/Tan Sri dsb | Tatabahasa | 29.10.2007 |
Apakah yang paling tepat untuk saya tulis terutama di dalam surat jika pegawai saya bergelaran MEJ. (K) HJ. samaada Y.Bhg, Y.Brs atau ader yang lain. | Sapaan yang sesuai ialah YBrs. ; Ini berdasarkan sapaan bagi pegawai kanan kerajaan yang belum menerima gelaran kehormat seperti dato' dan sebagainya. | Lain-lain | 14.10.2010 |
Y.Bhg. | YBhg. | Ejaan | 23.02.2011 |
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih. | Ejaan yang betul ialah sebut harga. | Ejaan | 11.05.2011 |
salam... Tuan/Puan, Soalan pertama: saya ingin mendapatkan maksud kepada perkataan Generasi Y. Soalan kedua: Berikut adalah salah satu tajuk seminar kami, adakah penggunaannya bahasanya betul?..."Kekal Kreatif Kekal Inovatif : Generasi Y". Soalan ketiga: Bolehkah kami mendapatkan beberapa tajuk seminar yang melibatkan "Generasi Y'. Sekian, terima kasih. Nurul (LIC, MPC) | Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Tajuk sesuai ialah "Generasi Y: Kekal Kreatif, Kekal Inovatif" atau "Generasi Y: Kreatif dan Inovatif". Belum ada lagi tajuk dan rujukan seminar tentang Generasi Y dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 06.04.2011 |
1)YB atau Y.B 2)Y.Bhg. atau YBhg | 1)YB 2)YBhg. | Ejaan | 20.07.2011 |
Sila rujukkan lampiran untuk soalan-soalan berikut. Soalan: Adakah menulis huruf y dalam "cursive script" tidak di terima sebagai tulisan rasmi? Mengikut penjelasan guru di sekolah, huruf kecil y sepatutnya ditulis dalam "cursive script" sahaja. "Manuscript" hanya diterima untuk huruf besar y. Terima kasih. | Saudara Fiona, Daripada visual yang disertakan pada pandangan kami huruf 'y' tidak ditulis dalam bentuk 'cursive script' bagi perkataan 'family' pada bilangan satu. Walau bagaimanapun adalah lebih baik saudara berbincang dengan lebih lanjut tentang perkara ini dengan guru berkenaan. | Lain-lain | 13.07.2009 |