Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Yang Arif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10); 2. huruf ke-34 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sr kata utk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul: ~, saya ada dua orang anak; ~kah engkau ini yg bernama Tuanku Malim Deman?; ~ tak ~ (juga) bp memang benar (betul), benar (betul) juga; 2. sr kata utk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dll), baiklah: ~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; 3. kata utk menyahut panggilan orang, saya: ~ pak cik; mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ® ia II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sr kata utk memanggil (menarik perhatian dll), hai, wahai: ~ Allah, ~ Rabbi, ~ Saidi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ya

Puisi
 

Ya Allah Tuhan Yang Esa,
     Dikenak patuk ular yang bisa;
Jika diturut hatiku suka,
     Jika tak luka badan binasa.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan Jawi se-Malaysia, sin + sempang + min-lam-ya-sin-ya-alif atau sin digabungkan menjadi sin-min-lam-ya-sin-ya-alif? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah  سمليسيا.Ejaan14.04.2012
Mana satukah yang betul? - ya Allah - Ya AllahEjaan yang betul ialah "ya Allah".Ejaan10.12.2015
1. "Hmm... bagaimana, ya?" atau "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" atau "Kamu mahu ke mana Rahim?

1. "Hmm... bagaimana ya?"

2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" dan "Kamu mahu ke mana Rahim?

Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.

Ejaan13.10.2011
Salam tuan, Apakah perbezaan antara : 1. Ya Allah, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapaku. 2. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. 3. Ya Allah, ampunkan dosa guru-guru kami. 4. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa guru kami. 5. Ya Alllah, ampunkan dosa-dosa guru-guru kami.Kedua-dua digunakan dalam konteks 'both' - kedua-dua ibu bapa, kedua-dua pegawai dan sebagainya, manakala dosa-dosa pula menunjukkan jamak (banyak dosa), sama sperti perkataan guru-guru menunjukkan ramai guru.Tatabahasa23.03.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'Puan' di dalam dialog. " Ya, Puan." atau "Ya, puan." Sekian, terima kasih.Penggunaan yang betul : "Ya, puan".Lain-lain15.12.2014
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta?Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat.Tatabahasa14.02.2019
Ya. Terima kasihSoalan tidak jelas. Sila hantar semula.Lain-lain27.02.2017
ya ingin bertanya, saya lihat banyak media yg menulis kata ayat-ayat seperti "di muka hadapan", "di bahagian hadapan" dan sebagainya. Apakah kata hadapan untuk ayat-ayat seperti itu digunakan dengab betul? Setahu saya, kata hadapan berasal dari kata dasar "hadap" bermaksud facing (dlm bhs inggeris) yang ditambah akhiran "an". Sama seperti kata "hadapi" yang mendapat akhiran "i". Bagaimana menurut DBP? Adakah ayat sebetulnya patut menjadi "di muka depan" atau "di ahagian depan" dan sebagainya?Untuk makluman puan, hadapan bermaksud bahagian di sebelah muka depan dan frasa di muka hadapan adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hadapan dan lihat di halaman 2.Tatabahasa12.06.2012
salam...saya ingin bertanya berkenaan tulisan jawi... bagaimana nak jawikan 1)PA Sistem?.....2)Bilik makan VIP?...3)jawikan kod G-D 4, contohnya......tk...1. في اي سيستم
2. بيليق ماكن وي.اي.في (VIP - va ya . alif ya . pa ya
3. 4 G-D كود
Ejaan28.05.2012
Julie Hi Hello Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, please advise which is correct? Cerakinkan. buaya = (bu) (a) (ya) or (bua) (ya)? beruang = (be) (ruang) or (be) (ru) (ang)? Januari = (Ja) (nua) (ri) or (Ja) (nu) (a) (ri)? laut = (laut) or (la) (ut)? kuih = (kuih) or (ku) (ih)? radio = (ra) (dio) or (ra) (di) (o)? Thank you.Sila terangkan makna “cerakinkan” yang diperlukan. Sekiranya “cerakinkan” bermaksud sebutan, berdasarkan buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP,2004, berikut jawapan yang diperlukan: 1. Buaya [bua.ya] 2. Beruang [be.ruang] 3. Januari [ja.nua.ri] 4. Laut [laut] 5. Kuih [ kuih] 6. Radio [ra.dio] Perlu dingatkan bahawa, sebutan berbeza daripada pemisahan suku kata.Tatabahasa28.04.2014
12345678910...

Kembali ke atas