Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ya I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, Apakah perbezaan antara : 1. Ya Allah, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapaku. 2. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. 3. Ya Allah, ampunkan dosa guru-guru kami. 4. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa guru kami. 5. Ya Alllah, ampunkan dosa-dosa guru-guru kami.Kedua-dua digunakan dalam konteks 'both' - kedua-dua ibu bapa, kedua-dua pegawai dan sebagainya, manakala dosa-dosa pula menunjukkan jamak (banyak dosa), sama sperti perkataan guru-guru menunjukkan ramai guru.Tatabahasa23.03.2010
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai kaedah pengejaan diftong [ei] (taling) dalam tulisan Jawi yang digunakan oleh DBP. Berdasarkan penelitian saya, terdapat ketidakseragaman dalam pengejaan diftong [ei] dengan sekurang-kurangnya empat cara berbeza: # 1. Ya sahaja: - kaleidoskop: کاليدوسکوڤ - kempeitai: کيمڤيتاي - gay: ݢي (KDP 2020) # 2. Ya + Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - gay: ݢيئي (PRPM terkini) - aparteid: اڤرتيئيد - teisme: تيئيسمى # 3. Ya + Ya: - kafein: کافيين - esei: ايسيي # 4. Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - Kei: کئي Justeru, saya ingin mengetahui **apakah kaedah atau prinsip yang digunakan pihak DBP untuk menentukan cara pengejaan yang sesuai bagi setiap perkataan yang mengandungi diftong [ei]?** Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera tuan/puan. Secara asasnya, bunyi [ei] tidak tergolong sebagai diftong bahasa Melayu. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, huruf diftong terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu:

[ai], [au], dan [oi]

Bunyi [ei] merupakan gabungan vokal yang lazimnya muncul dalam kata pinjaman, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Oleh itu, kaedah pengejaannya dalam tulisan Jawi tidak tertakluk kepada pola diftong bahasa Melayu dalam tulisan Rumi. Bagi tujuan penyeragaman ejaan gabungan vokal [ei], huruf ي digunakan sebagaimana yang terdapat dalam beberapa contoh ejaan dalam KDP 2020 yang tuan/puan nyatakan. Pada masa yang sama, DBP sedang giat mengemas kini dan menyeragamkan ejaan Jawi, termasuk membetulkan bentuk ejaan yang dikenal pasti mempunyai kesilapan teknikal.

Ejaan11.08.2025
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih.

Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu".

Tatabahasa12.12.2011
1. "Hmm... bagaimana, ya?" atau "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" atau "Kamu mahu ke mana Rahim?

1. "Hmm... bagaimana ya?"

2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" dan "Kamu mahu ke mana Rahim?

Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.

Ejaan13.10.2011
Manakah satu ayat betul ya ? 1. Bersama-sama kita. atau 2. Kita bersama-sama.Kedua-dua ayat boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa13.11.2020
Salam sejahtera, ayat mana satu baru betul ya? 1. Murid-murid lebih gemar akan dan lebih mengenali makanan Malaysia melalui aktiviti harian mereka. 2. Murid-murid lebih gemar dan lebih mengali makanan Malaysia melalui aktiviti harian mereka. 3. Murid-murid lebih gemar dan mengenali makanan Malaysia melalui aktiviti harian mereka. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Murid-murid lebih gemar mengenali makanan Malaysia melalui aktiviti harian mereka.Tatabahasa08.05.2024
Dalam penyata kewangan, mana satu istilah yang sesuai untuk digunakan ya? 1. Lain-lain pendapatan 2. Pendapatan-pendapatan lainSalam sejahtera, Jawapan yang tepat ialah Pendapatan lain. Lain dalam maksud ayat tersebut sudah membawa maksud pendapatan daripada sumber yang berbeza. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu.Tatabahasa06.04.2020
salam...saya ingin bertanya berkenaan tulisan jawi... bagaimana nak jawikan 1)PA Sistem?.....2)Bilik makan VIP?...3)jawikan kod G-D 4, contohnya......tk...1. في اي سيستم
2. بيليق ماكن وي.اي.في (VIP - va ya . alif ya . pa ya
3. 4 G-D كود
Ejaan28.05.2012
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan ya dan benar dalam ayat. contoh ayat mana yang tepat. 1. Memang ya, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong. atau : 2. Memang benar, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong.Ayat yang kedua lebih tepat. 2. Memang benar, saya tidak pernah mendengar dia bercakap bohong.Tatabahasa02.11.2015
Soalan pertama: Adakah perkataan 'Amen' yang diucapkan oleh penganut Kristian selepas berdoa boleh diterjemahkan kepada 'Amin'? Soalan kedua: Untuk frasa 'Ya tuhan' (selain Tuhan yg Esa) atau 'Ya Tuhan' (merujuk Allah), perlukah diletak tanda koma selepas 'Ya'? Terima kasih.1. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan, amen diterjemahkan kepada amin, iaitu mengaminkan atau menyetujui sesuatu. Tiada maklumat dalam sumber rujukan kami tentang penggunaan kata amen/amin dalam konteks Kristian. 

2. Selepas kata seruan "Ya" tidak perlu tanda koma, contoh "Ya Allah!".

Makna09.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas