Berdasarkan penerangan daripada Tuan tiga hari yg lalu, tetapi saya masih tidak faham. Maaf ya... 1. Adakah separuh sama dengan setengah? Apakah jwp yg paling tepat utk soalan 2 dan soalan 4 ? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasih | 1. Perkataan separuh dan setengah membawa maksud yang sama. Namun begitu, perkataan tersebut tidak sesuai untuk dirujuk kepada manusia. 1"> 2. Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:1"> i. Sebilangan murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis khat.1"> ii. Hampir setengah daripada bilangan murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis khat.1"> 3. Bahkan, malah dan malahan membawa maksud yang sama.1"> 4. Beliau bukan sahaja pemurah malah/malahan/bahkan prihatin terhadap rakyat miskin. Sekian. Terima kasih.
| Tatabahasa | 07.06.2017 |
Saya yakin "akan", "pada", "kepada" atau "terhadap" dia? Jika "yakin" diberikan imbuhan menjadi "berkeyakinan", adakah ayat ini masih gramatis? Jika ya, apa bezanya? | Ayat yang betul: i. Saya yakin akan dia ii. Saya berkeyakinan terhadap dia. 1. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: Wanita itu amat rindu akan anaknya. 2. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. 3. Kata sendi nama 'terhadap' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. 4. Kata sendi nama 'kepada' digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Untuk lebih jelas, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan | Tatabahasa | 14.10.2017 |
Salam Sejahtera. Saya dalam proses penulisan sebuah buku yang berkonsep fakta berkaitan dengan bidang sukan. Saya ingin nasihat daripada DBP untuk beberapa perkara; 1. Adakah DBP mempunyai perkhidmatan utk menyemak dan membetulkan tulisan saya.? Jika ya berapa kos? 2. Adakah DPB mempunyai translator utk menterjemahkan tulisan saya kepada Bahasa Inggeris? 3. Adakah DBP mempunyai perkhidmatan menyemak kualiti penulisan terutama dalam pengolahan ayat dan peggunaan bahasa? 4. Adakah DBP akan menyemak kejituan fakta yg saya menulis? 5. Bolehkah DBP mencetak dan memasarkan buku saya? Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, DBP hanya bertanggungjawab terhadap manuskrip atau judul untuk terbitan DBP. Oleh itu, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak atau menyunting karya individu atau terbitan luar. Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel khalik@dbp.gov.my (Tuan Haji Khalik bin Sulaiam). Manuskrip lengkap mestilah mengandungi: (i) bahan awalan (ii) bahan teks (iii) bahan akhiran Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan. Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 18.12.2016 |