Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yang] | يڠ

Definisi : 1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa katakata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama kaya; 4. sl adapun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; 5. bp kata peng-hubung utk menyatakan isi atau huraiankata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat; Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yang] | يڠ

Definisi : = yang-yang dewa; beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat; kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yang] | يڠ

Definisi : 1 kata utk mengasingkan sesuatu supaya jelas kelainannya: Telur ~ kecil di atas meja itu telur burung. 2 kata utk menentukan sesuatu sbg benda: ~ tinggi itu bangunan Parlimen. 3 kata yg menghubungkan benda dgn penerangnya: Rumah ~ baru dibelinya itu rumah batu. ~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dll). ~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah. ~ Maha Kuasa Tuhan; Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[yang] | يڠ

Definisi : , = yang-yang dewa. beryang-yang memuja dewa-dewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang

Puisi
 

Tanam ubi digali ubi,
     Gali ubi di tepi telaga;
Sudah banyak saya berbudi,
     Budi yang mana yang tuan suka?


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Gajah memamah aris,
     baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Bermaksud :

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

361

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(495)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Ada laman sesawang yang menyatakan Yang Berbahagia boleh digunakan untuk Tetamu Kehormat dari dalam atau luar sekolah. Adakah ini benar? Jika ya, adakah ini bermaksud Pengetua boleh dirujuk sebagai Yang Berbahagia? 2. Barisan Kepimpinan Pelajar atau Barisan Pemimpin Pelajar? 3. Yang Dikasihi rakan-rakan atau Yang dikasihi rakan-rakan? Page Title 1. Ungkapan “Yang Berbahagia” dalam sesuatu majlis digunakan untuk:

a. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam).

b. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahi gelaran kehormat seperti Dato'/Datin/Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dan lain-lain. Penggunaan ungkapan “Yang Berbahagia” tidak tertakluk kepada individu tetapi posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.

"Yang Berusaha" pula lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak yang menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.

Oleh yang demikian, pengetua dirujuk sebagai “Yang Berusaha”.

Page Title 1. Ungkapan “Yang Berbahagia” dalam sesuatu majlis digunakan untuk:

a. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam).

b. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahi gelaran kehormat seperti Dato'/Datin/Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dan lain-lain. Penggunaan ungkapan “Yang Berbahagia” tidak tertakluk kepada individu tetapi posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.

"Yang Berusaha" pula lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak yang menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.

Oleh yang demikian, pengetua dirujuk sebagai “Yang Berusaha”.

2. Jawapan yang betul ialah “Barisan Kepimpinan Pelajar”. "Kepimpinan" bermaksud keupayaan memimpin dan penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat.

3. Jawapan yang betul ialah “Yang dikasihi rakan-rakan” dan kata “dikasihi” ditulis dalam huruf kecil.

2. Jawapan yang betul ialah “Barisan Kepimpinan Pelajar”. "Kepimpinan" bermaksud keupayaan memimpin dan penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat.

3. Jawapan yang betul ialah “Yang dikasihi rakan-rakan” dan kata “dikasihi” ditulis dalam huruf kecil.

Tatabahasa10.08.2024
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Antara berikut, yang manakah nombor perdana? 2. Antara yang berikut, yang manakah nombor perdana? 3. Antara nombor berikut, yang manakah nombor perdana? Mohon terangkan penggunaan kata hubung yang dalam suatu ayat. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah “Antara nombor yang berikut, yang mana satukah nombor perdana?”

Kata Hubung tergolong di bawah kata tugas yang berfungsi sebagai penyambung ayat. Kata penyambung ayat ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.  Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.

Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), halaman 249 - 254.

Tatabahasa12.06.2025
YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETUL PREMIS ATAU PERMIS? ADAKAH KEDUA PERKATAAN INI MEMBAWA MAKSUD YANG BERBEZA.Ejaan yang betul ialah premis. Tiada perkataan permis ditemukan.
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), maksud premis adalah seperti yang berikut:
1. pernyataan atau perkara yang dianggap sebagai sesuatu yang benar atau pasti untuk tujuan membuat huraian atau perbincangan yang membawa kepada sesuatu kesimpulan, penyelesaian dan sebagainya
2. bangunan, tanah dan kawasan persekitarannya untuk menempatkan kedai atau menjalankan perniagaan
Ejaan02.07.2025
Salam, Yang manakah penggunaan yang lebih tepat dan mengapa? Menubuhkan satu/suatu jawatankuasa Terima kasih.

Ayat yang lebih tepat adalah “Menubuhkan satu jawatankuasa”.

Satu bermaksud 1 angka yang dilambangkan dengan 1, i dan I, yang merupakan angka terkecil yang boleh dibilang, dan hadir sebelum angka 2, ii dan II,  2 yang paling tinggi bagi pangkat, kelas dan sebagainya, 3 yang kedudukannya, penarafannya pada tingkat permulaan atau paling rendah, 4 yang itu sahaja, 5 kurang daripada dua jumlahnya, 6 merujuk pada sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 7 sekalian yang ada, seluruh atau semua sekali, 8 merujuk pada tempat, waktu dan sebagainya yang sama.

Suatu bermaksud 1 merujuk masa, hari, peristiwa dan lain-lain yang tidak dinyatakan secara tepat, 2 merujuk sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 3 satu sahaja, 4 tiap-tiap satu, 5 pertama-tama atau yang pertama.

Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1972 dan 2157.

Lain-lain05.06.2025
Assalamualaikum. Pertanyaan, (1) Adakah "k" huruf besar untuk ejaan Komander Ahmad? Adakah sama seperti Inspektor Ali, yang menjadi kata nama khas? (2) Yang manakah yang betul, "rejim zionis" atau "Rejim Zionis" atau "rejim Zionis"? (3) Yang manakah yang betul, "tentera zionis" atau "Tentera Zionis" atau "tentera Zionis"? Terima kasih.

“Komander Ahmad” dan “Inspektor Ali” merupakan kata nama khas  dan perlu dieja  dengan menggunakan huruf  besar pada pangkal perkataan, manakala “rejim Zionis” dan “tentera Zionis” merupakan gabungan antara kata nama am dengan kata nama khas. Hanya perkataan “Zionis” dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan kerana “Zionis” merupakan kata nama khas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 96 - 97.

Tatabahasa22.05.2025
Topi yang dipakai oleh petani atau tukang kebun dipanggil topi yang besar atau topi yang lebar?Topi yang dipakai oleh petani atau tukang kebun dipanggil topi yang lebar kerana saiznya diukur berdasarkan kelebarannya.Lain-lain15.05.2025
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh CSR alam sekitar?Ayat yang betul ialah "Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh CSR alam sekitar?"Tatabahasa22.10.2024
Saya perlu pengesahan ejaan yang betul bagi penulisan di dalam surat & rasmi YA (singkatan Yang Arif) YAA (singkatan Yang Amat Arif) untuk YA mana yang betul adakah perlu ada titik noktah. Contoh Y.A. Y.A.A. Misalnya untuk gelaran nama yang penuh YA atau Y.A. Datuk Dr Shahnaz (perkataan di akhir Dr perlu tanda noktah atau tidak)Penulisan singkatan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. YA untuk Yang Arif
2. YAA untuk Yang Amat Arif
3. Dr. untuk Doktor

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 114 dan 169-174.

Lain-lain28.08.2025
Apakah istilah yang tepat yang boleh digunakan untuk perkataan "self compassion" bagi penulisan dalam terma kaunseling dan psikologi. Ada perkataan yang pernah saya jumpa ditulis dengan "belas kasihan kendiri" dan ada juga yang menterjemah kepada "ihsan kendiri". Apa istilah paling tepat dan sesuai untuk terma di dalam kaunseling?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi self compassion ialah belas kasihan diri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah26.05.2025
Selamat Sejahtera encik/puan, 1. Yang mana yang betul? peralatan jahit atau peralatan menjahit 2. Adakah sunyi sepi / resah gelisah ialah kata majmuk? 3. Cerita yang disampaikan oleh Helmi ialah cerita yang ada pengajaran. Adakah ayat no. 3 ini betul? Terima kasih.

1. Penggunaan yang betul ialah peralatan menjahit.

2. Sunyi sepi dan resah gelisah bukan kata majmuk, sebaliknya frasa nama.

3. Ayat yang betul ialah Cerita yang disampaikan oleh Helmi mempunyai pengajaran.

Tatabahasa26.08.2025
12345678910...

Kembali ke atas