Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu yang betul: 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.Ketiga-tiga ayat tersebut betul dan boleh digunakan, bergantung pada konteks penggunaannya dalam teks atau situasi tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015).Tatabahasa20.02.2025
Ayat mana yang betul: (1) Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. (2) Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan.

Ayat "Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan" dan "Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan". Kedua-duanya ayat tersebut betul. 

Tatabahasa20.08.2022
Mana satu ayat yang betul? (1) Lagu ini lagu kegemaran saya atau (2) lagu ini kegemaran saya? Adakah pengulangan kata "lagu" dalam pertama dianggap lewah?

Ayat “Lagu ini lagu kegemaran saya” dan “Lagu ini kegemaran saya”, kedua-duanya boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Pengulangan perkataan “lagu” dalam ayat tidak dianggap lewah.

Tatabahasa19.12.2024
Bagaimanakah cara menulis dialog yang berikut: 1. "Kakak ada masalah?" tanya dia. ataupun 2. "Kakak ada masalah?" Tanya dia. Adakah huruf pertama bagi perkataan "tanya" perlu dieja dengan menggunakan huruf besar, ataupun huruf kecil? Sekiranya perlu dieja dengan huruf besar, apa sebabnya, dan begitu juga kalau sebaliknya pula, mengapa?

Huruf pertama bagi perkataan “tanya” dalam dialog tersebut perlu dieja menggunakan huruf kecil kerana merupakan sebahagian daripada ayat tersebut.

Lain-lain04.11.2024
Salam. Yang manakah 1 yang betul? Suku keempat tahun 2023; atau Suku tahun keempat 2023. Terima kasih.Berdasarkan cadangan padanan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah "Suku Tahun Keempat 2023."Makna02.11.2023
Manakah yang betul? 1) Antara langkah untuk mewujudkan hubungan baik antara kaum 2) Antara langkah-langkah untuk mewujudkan hubungan baik antara kaumAyat yang betul ialah "Antara langkah untuk mewujudkan hubungan baik antara kaum"Tatabahasa20.07.2022
Manakah yang betul: 1) PROF. IR. TS. DR. MUHAMMAD 2) PROF. Ir. Ts. DR. MUHAMMAD

Cara penulisan yang betul sekiranya huruf besar dan huruf kecil digunakan digunakan ialah  PROF. IR. TS. DR. MD YUSOF BIN HAMID atau Prof. Ir. Ts. Dr. Md Yusof bin Hamid

Lain-lain10.08.2022
Apakah frasa yang betul: 1. Menjana hasil tambahan; atau 2. Menjana tambahan hasil. Terima kasihFrasa yang betul ialah "Menjana hasil tambahan"Tatabahasa28.06.2022
Frasa mana yang betul; 1. Duduk di antara dua sujud, atau 2. Duduk antara dua sujudFrasa yang betul ialah "duduk antara dua sujud".Tatabahasa09.01.2023
Apakah ejaan yang tepat; 1. Wifi atau wi-fi 2. Webex atau webex 3. Google Meet atau google meet?Ejaan yang tepat ialah Wi-Fi, Webex dan Google Meet. Ejaan11.12.2022
12345678910...

Kembali ke atas