Ayat i atau ii yang betul. i Saya berada lebih kerap di atas katil kerana sakit lutut. ii Saya lebih kerap berada di atas katil kerana sakit lutut. | Semua pilihan jawapan tersebut betul. | Lain-lain | 27.04.2022 |
Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. III Menggantikan unsur-unsur tertentu kepada kata dasar. IV Mencantumkan huruf dan suku kata serangkaian perkataan sesedap sebutan. A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV | Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. A. I dan II | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Salam tuan. Antara ayat (i) dan (ii), yang manakah gramatis? Soalan 1 (i) Saya pergi ke sana pagi tadi? ATAU (ii) Saya pergi ke sana pada waktu pagi tadi? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Saya pergi ke sana pagi tadi.” | Tatabahasa | 17.03.2023 |
Mana kesalahan bagi ayat II dan III? | Ayat II yang betul ialah “ Jenifer memperagakan baju tradisional kaum Iban semasa sambutan Hari Kebudayaan di sekolahnya.” Ayat III yang betul ialah “Dayang mengunjungi Festival Tari dan Lagu Asli bersama-sama keluarganya.” Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575. | Tatabahasa | 10.10.2024 |
TERANGKAN PERBEZAAN PENGGUNAAN 'UNTUK' DAN 'BAGI' CONTOH i) Untuk menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. ii) Bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. Ayat i atau ayat ii yang betul? atau kedua-duanya betul? | Penggunaan untuk dan bagi hampir sama sahaja, untuk melihat perbezaannya lihat makna kedua-dua perkataan tersebut; UNTUK bermaksud: 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll) 2.guna, bagi, buat: . (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: 4. (bermaksud) hendak 5. diberikan, dihantar) kepada 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) ; BAGI bermaksud untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai. Untuk/bagi menjawab soalan itu sila ke kaunter hadapan. untuk/bagi dlm ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 10.08.2007 |
Yang manakah yang betul? a. i. peraduan penulisan esei ii. peraduan menulis esei b. i. cara-cara untuk menyediakan... ii. cara-cara menyediakan... c. i. berhasrat untuk melanjutkan pelajaran... ii. berhasrat melanjutkan pelajaran... Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Peraduan Mengarang esei. Cara-cara untuk menyediakan/ cara-cara menyediakan pun diterima. Berhasrat melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pun betul. Terima kasih. | Makna | 18.04.2008 |
Pilih jawapan yang paling sesuai. 1."_____ sedang beradu ," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. I Beta II Hamba III Baginda IV Tuanku A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Sekian, terima kasih. | "Baginda sedang beradu," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
Jawapan yang manakah betul ? 1 I Pendapat seorang pengurus syarikat biasanya kukuh. II Jambatan yang lama itu masih kukuh untuk digunakan. III Kedudukan Encik Amin sebagai pengerusi persatuan itu kukuh. IV Persembahan yang kukuh akan menjadikan majlis lebih menarik. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah B. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Sumpel, Cangkang II, Kecut III, Kuping I (alat pancaindra utk mendengar), Kopok II, Cetek, Adem, Langka, Encok, Melek, Dandan I, Rojak, Jengkol, Sambal, Kontol, Kutil, Kodok, Bebek, Cindil, Samper, Umpet, Copet, Culik, Warung, Begal, Colong, Kebut II, Keteter, Rombongan, Gotong, Beres, Apik, Luwes, Kelilipan, Tengik, Ciut II, lirih, Mandek, Sangar, Tempe, Kolak, Gendut, Bongsor, Cebol, Becek, Beser, Gosong II, Bacin, Langu, Itil, Goblok, Kuntul II, Gabah I, Bekatul, Salin, Pesek, Keluyuran, Kalis, Badut, Kemaruk, Dupak, Jejer, Rongsok, Rongsokan, Lumrah, Kepincut, Bakal, Rembuk, Pundak, Congor, Colot, Rajungan, Yuyu, Ujar, Jebol, Lalap I, Enteng (Asli Bahasa Jawa, Berasal dari Bahasa Jawa [Jw] ) | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata tersebut. | Lain-lain | 25.04.2023 |
I Air hujan yang lebat itu telah menenggelami seluruh kawasan kampung. II Sampah-sarap yang bertaburan telah mengotori kawasan tanaman. III Saya tidak suka menyalahi orang lain jika berlaku kesilapan. IV Sultan telah menganugerahi sebutir pingat kebesaran kepada abang. A I dan II B I dan III C II dan III D IIIdan IV | Jawapan yang betul ialah A. I dan II | Lain-lain | 05.07.2015 |