Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang bukan-bukan

Puisi
 

Hendak dipais bukan todak,
     Hendak dibemban bukan terung;
Hendak menangis bukan budak,
     Hendak terbang bukan burung.


Lihat selanjutnya...(148)
Peribahasa

Pacat hendak menjadi ular.

Bermaksud :

Orang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nur Hidayah SAT 14:46 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya nak bertanya sesuatu. Di negara kita, siapakah penulis kreatif yang bukan dalam bidang penulisan selain drpada Nisah Harun, Shahkang dan sebagainya? Boleh saya dapat senarai penulis yang bukan dalam bidang karya penulisan kreatif ? TERIMA KASIHSalam, Untuk makluman, pihak kami tidak ada menyimpan sebarang data berkenaan perkara tersebut.Lain-lain11.03.2017
Yang manakah betul? Saya bukan kedekut atau Saya tidak kedekut. Kata nafi bukan mesti diikuti dengan kata nama atau kata sendi nama tetapi berdasarkan apa yang dicari macam Saya bukan kedekut adalah betul walaupun kedekut ialah kata adjektif dan sepatutnya guna tidak kedekut.Kedua-dua ayat tersebut betul. Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.Tatabahasa30.10.2020
Yang manakah yg betul : Bukan itu sahaja atau bukan sahaja itu Terima kasih

Frasa yang baku ialah ...bukan itu sahaja, iaitu kata nafi (bukan)+kata ganti nama tunjuk(itu)+kata tugas (sahaja).

Tatabahasa30.01.2015
Menurut pepatah, tidak mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita. Adakah betul penggunaan tidak di dalam ayat tersebut? Atau perlu digantikan dengan bukan? Yang mana satukah lebih tepat? Tidak atau bukan?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah  “Bukan  mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita.” Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

 



Tatabahasa16.05.2020
Rangkaian kata ''melakukan siasatan'' betul atau ''menjalankan siasatan'' yang betul?
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca.

Kata melakukan pula membawa maksud menjalankan (tugas), membuat (kerja dan lain-lain), mengerjakan. Contoh ayat: Kitalah yang berdosa kerana menuduh ia melakukan perkara yang bukan-bukan

Berdasarkan keterangan di atas, rangkaian kata "melakukan siasatan" dan "menjalankan siasatan" mempunyai maksud yang sama dan betul penggunaannya dalam bahasa Melayu. 
Tatabahasa09.07.2021
Yang mana satu antara 4 ayat ini yang betul? 1. murid penutur bukan natif 2. penutur murid bukan natif 3. murid bukan penutur natif 4. bukan murid penutur natif Terima kasih.Ayat yang betul ialah 3. murid bukan penutur natif Tatabahasa19.05.2015
yang manakah penggunaan yang betul? 1. Hidupnya berubah 360 darjah/ hidupnya berubah 180 darjah? 2. Perlukah tanda (,) sebelum perkataan 'kan' yang bukan imbuhan.1. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Ayat yang lebih tepat bergantung pada perubahan sama ada 360 atau 180 darjah yang hendak dinyatakan.

2. Dalam data kami, -kan merupakan imbuhan akhiran. Dalam penulisan kreatif (novel), penggunaan -kan yang bukan imbuhan selalu dijumpai. Penggunaan tersebut biasanya digunakan dalam dialog (bahasa percakapan), iaitu singkatan bagi perkataan bukan. Jika itu yang dimaksudkan, sebelum perkataan bukan hendaklah diletakkan tanda koma.
Tatabahasa15.11.2013
Salam 1Malaysia. Tuan/Puan, Saya mempunyai soalan berkaitan 'bukan' dan 'kan'. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'bukan' mempunyai maksud 'untuk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir hayat)' dengan contoh diberi 'ini bukumu, bukan?'. Adakah penggunaan bukan di sini dikategorikan dalam 'tag question' atau 'yes-no question'? Bagaimana pula dengan penggunaan 'kan'? 'kan' ditakrifkan sebagai singkatan kepada perkataan bukan / bukankah, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah ini bermaksud 'kan' juga merupakan pertanyaan yang mengeraskan dugaan? Sekiranya perbezaan 'bukan' dan 'kan' hanyalah pada penggunaan ('bukan' lebih formal, 'kan' kurang formal'), adakah 'kan' juga boleh membawa maksud 'tag question' atau 'yes-no question'? Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan. Terima kasih.Salam Sejahtera.

Penggunaan "bukan" dikategorikan sebagai taq question.
"Kan"  merupakan kependekkan "bukan" yang selalu didapati dalam teks sastera dan "kan" juga tergolong dalam taq question.
Istilah21.02.2014
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga.1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang.
2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.
Tatabahasa26.09.2013
Apakah terjemahan bagi "current state leaders"? "pemimpin negara sekarang" atau "pemimpin negara semasa"? atau lain?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud sekarang ialah waktu bukan yang telah lalu dan bukan yang akan datang manakala semasa pula bermaksud sama masa dengan atau pada ketika yang sama. Maka terjemahan yang lebih sesuai bagi current state leaders ialah pemimpin negara sekarang.Makna23.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas