Mohon Ejaan yang Digunakan oleh Unit Adat Istiadat JPM | Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Besar Yang di-Pertua Negeri Yang di-pertuan Muda Yang di-Pertua Dewan Negara Yang di_pertua Dewan Rakyat Yang di-Pertua | Ejaan | 05.09.2013 |
saya nak bertanya. apakah perbezaan antara Yang di-Pertua Agung dengan Yang Dipertuan Agung. terima kasih | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 01.10.2012 |
Salam sejahtera. Saya Chai; 22; dari Taiping; siswa Pergigian di USM Kampus Kesihatan. Merujuk bahagian dalam petak oren pada gambar yang dilampirkan, bukankah istilah yang tepat bagi Dewan Rakyat, Dewan Negara ialah "Yang di-Pertua"? Saya juga mengalu-alukan pihak tuan/puan memberi pencerahan tentang mana-mana kesiilapan tatabahasa/struktur ayat pada mesej ini. Terima kasih. | Tiada lampiran yang disertakan. Walau bagaimanapun, seperti yang tuan sedia maklum "Yang di-Pertua Dewan Rakyat" dan "Yang di-Pertua Dewan Negara", batul. | Tatabahasa | 21.08.2014 |
1. Ejaan yang tepat untuk Yang Di-Pertuan Agong ialah (a) Yang di-Pertuan Agong (b) Yang DiPertuan Agong (c) Yang Di-Pertuan Agong.Harap pencerahan dan penjelasan daripada tuan Munsyi.tk. 2.Ejaan yang tepat untuk frasa Yang di pertua bagaimana ? | Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada Yang Dipertuan Agung kecuali ketua bagi sesebuah majlis/pertubuhan seperti Yang Dipertua Majlis. Ejaan ini haruslah dibezakan dengan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri. | Ejaan | 07.08.2014 |
Apakah ejaan sebenar bagi penggunaan perkataan berikut? 1. Rejimen Renjer Diraja @ Rejimen Renjer DiRaja? 2. Yang DiPertua @ Yang Dipertua @ Yang di-Pertua | Saudara/saudari, 1. Rejimen Renjer Diraja 2. Yang Dipertua | Ejaan | 22.09.2012 |
Yang Dipertua PIBG atau Yang dipertua PIBG atau Yang Di pertua PIBG atau Yang DiPertua PIBG yang mana satu betul? terima kasih | Ejaan yang betul ialah Yang Dipertua PIBG. | Ejaan | 16.10.2003 |
Mengapakah gelaran Gabenor yang digunapakai pada tahun 1957 (selepas kemerdekaan) berubah menjadi Yang di-Pertua Negeri (Tuan Yang Terutama) pada tahun 1975 iaitu sewaktu pemerintahan Tun Dato' Haji Sardon Bin Haji Jubir (YDPN Pulau Pinang yang keempat). | Kami mencadangkan tuan merujuk Kerajaan Negeri kerana setiap negeri mempunyai struktur pentadbiran dan gelaran yang berbeza. | Lain-lain | 19.01.2022 |
Apa perbezaan gelaran Dato' dan Datuk yg dianugerahkan kepada seseorang? | Gelaran Dato' ialah anugerah yang dikurniakan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar, manakala gelaran Datuk ialah anugerah yang dikurnia oleh Yang di-Pertuan Agong/Yang di-Pertua Negeri | Istilah | 24.06.2007 |
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu? | Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul. | Lain-lain | 29.05.2010 |
Salam. Saya ingin bertanya, bagi persatuan di universiti, yang man satu betul penggunaanya. Yang Di-Pertua atau Yang Dipertua ataupun tidak kisah yang mana satu (dua-dua dibolehkan)? | Bentuk Yang Dipertua digunakan dalam konteks Yang Dipertua majlis(pihak berkuasa tempatan), persatuan atau pertubuhan. | Ejaan | 01.04.2015 |