Pengunaan bahasa yang betul: Saya ingin meminta nasihat untuk ayat di bawah: "Berkemungkinan membahayakan kepada kulit" atau "Berkemungkinan membahayakan kulit" | Ayat yang betul ialah "...membahayakan kulit'. Perkataan 'membahayakan' ialah kata kerja transitif iaitu kata kerja yang mesti diikuti objek iaitu kulit. | Tatabahasa | 24.01.2014 |
Yang berikut mana satu adalah betul? Sebab? 1. Senarai borang-borang yang digunakan... 2. Senarai borang yang digunakan... | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, senarai bermaksud beberapa nama (orang, benda dan lain-lain) yang ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dan lain-lain) yang disyaki melakukan sesuatu yang salah atau yang membahayakan. ~ semak senarai yang di dalamnya terkandung barang-barang yang diperlukan, perkara yang perlu dilakukan, hal yang perlu diberi pertimbangan dsb, yang digunakan untuk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb. Daripada takrifan tersebut, frasa yang betul ialah senarai borang yang digunakan... | Tatabahasa | 19.11.2014 |
Saya keliru mengenai perkataan ini: Penyusuan ibu atau penyusuan bayi? Yang mahu merujuk kepada penyusuan badan seorang ibunya kepada bayi. Atau adakah tepat juga jika menggunakan penyusuan susu ibu atau penyusuan badan? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "Penyusuan Bayi" kerana penyusuan bermaksud hal/perbuatan menyusu, sepertu pemendekan tempoh penyusuan bayi boleh membahayakan kesihatannya. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Slm, Mohon pihak tuan/puan check ayat di bawah : a) Height measurement = pengukuran ketinggian b)Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi ketawakannya. c)Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) Bahaya untuk kanak-kanak menunggang basikal pada waktu malam. e)Cola boleh diminum oleh manusia dan juga digunakan untuk menghapuskan kotoran. (cola boleh digunakan?) f) ice cube =ais batu tq | a) Height measurement - pengukuran ketinggian b) Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi mengetawakannya. c) Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) ...membahayakan kanak-kanak yang menunggang basikal pada waktu malam. e) Cola boleh diminum oleh manusia dan digunakan juga untuk menghapuskan kotoran. f) ice cube - ais/air batu | Tatabahasa | 18.09.2015 |
Salam sejahtera, Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasan sama ada perkataan "ia" boleh digunakan sebagai kata ganti nama untuk merujuk subjek selain manusia dan binatang, tumbuh-tumbuhan, undang-undang, fenomena semulajadi dan sebagainya? Saya faham bahawa perkataan "ia" boleh digunakan untuk merujuk manusia dan tidak boleh digunakan untuk binatang, tetapi bagaimana pula dengan ayat seperti berikut: "Wabak denggi semakin menular di Malaysia. Ia membahayakan nyawa banyak penduduk" ? Adakah telah berlaku pertukaran dalam tatabahasa penggunaan perkataan "ia" kebelakangan ini, kerana sewaktu saya mengambil peperiksaan (tahun 2001) guru-guru bahasa sebulat suara menegaskan bahawa perkataan "ia" hanya boleh digunakan untuk merujuk manusia? Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya. | Salam sejahtera, Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 556. | Tatabahasa | 30.09.2015 |