Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara mula dan mulai?Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ;  2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini.

Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari?
Makna18.02.2013
Tuan : 1. Apakah perbezaan antara perkataan 'terikut-ikut' dan 'mengikut-ikut' ? 2. Bolehkah perkataan 'pertama-tama' digunakan dalam penulisan karangan dengan membawa maksud terdahulu sekali ? Ribuan terima kasih atas penjelasan dan maklum balas tuan.1. Menurut Kamus Dewan, terikut-ikut ialah mengikut (sesuatu) dengan tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yang ~ dengan struktur tatabahasa lain. Manakala  mengikut-ikut ialah meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yang ~ kepentingan orang lain;

2.Kamus Dewan mentakrifkan pertama-tama sebagai yang pertama sekali, yang mulamula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan;
Tatabahasa19.07.2013
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat tersebut adalah betul, iaitu Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. Tatabahasa30.05.2010
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
Assalamualaikum, pertama sekali saya adalah orang awam yang tiada pelajaran, akan tetapi saya suka membaca sehingga membuat keputusan untuk menulis sebuah buku, tapi bagaimanakah untuk menghasilkan sebuah buku? saya tiada pengalaman dan pengetahuan sama sekali.Penulisan buku dan majalah sama seperti menulis esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: halaman separa judul, halaman judul, halaman hak cipta, dedikasi, halaman kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008.Lain-lain09.04.2013

Kembali ke atas