Apakah ejaan "tobat lahum" yang sebenar yang biasa disebut-sebut orang Melayu? Dan apakah maknanya? | Tiada maklumat tentang kata "tobat lahum" dalam kamus terbitan DBP, khususnya dalam kamus bahasa Melayu. Analisis awal mendapati kata ini merupakan nama jenama. Satu lagi penggunaan membawa makna bertaubat dengan bersungguh-sungguh untuk tidak lagi melakukan sesuatu. | Makna | 24.10.2024 |
Saya ingin mendapatkan kepastian bagi perkataan kain sampin atau kain samping.Diantara dua istilah tersebut mana satu perkataan yang sebenar? | Perkataan yang sebenar ialah kain samping. | Lain-lain | 25.01.2007 |
sejak awal tahun 1980-an burger sudah menjadi sebahagian dari warisan cita rasa Melayu yang sebenar | sejak awal tahun 1980-an burger sudah menjadi sebahagian daripada warisan cita rasa Melayu yang sebenar | Tatabahasa | 14.10.2008 |
Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQ | Yat "Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar." adalah betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Perkataan Bahasa Arab yang sebenar bagi Papan Putih/Whiteboard? سَبُّورَةٌ atau لَوْحَةٌ بَيْضَاءٌ | Perkataan bahasa Arab untuk papan putih ialah لَوْحَةٌ بَيْضَاءٌ | Penyemakan dan penterjemahan | 28.09.2017 |
APAKAH MAKSUD KEMERDEKAAN YANG SEBENAR | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). Manakala kemerdekaan ialah perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Perlu dapatkan pengesahan bagi penggunaan ayat yang sebenar iaitu trek basikal atau lorong basikal |
| Istilah | 08.01.2018 |
Terma untuk brand recall dalam bidang pengiklanan yang sebenar.adakah ianya sama dengan brand to retrieve | Ungkapan brand recall mengikut karyawan dalam bidang pengiklanan bermaksud mengaitkan sesuatu barang dengan sesuatu jenama. Contohnya ubat gigi dengan Colgate, racun makhluk perosak dengan shieldtox. Ungkapan ini juga disebut brand to retrieve. Walau bagaimanapun untuk maklumat lanjut sila hubungi Persatuan Pengiklan Malaysia(4As) no. telefon 03-76608535. | Istilah | 31.10.2008 |
Salam, Tuan/ puan, Mohon jawapan untuk penggunaan perkataan adaptive reuse yang sebenar dalam bahasa melayu. Terima kasih | Istilah adaptive reuse diterjemahkan kepada penggunasuaian. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=adaptive+reuse&d=69812&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.05.2019 |
adakah perkataan/frasa ini digunakan dalam bahasa Melayu dan apakah maksudnya yang sebenar? 3. Precariat 4. prakarsa 5. Klusif, 6. efi-fenomena 7. sarwapandang 8. neoliberal 9. inteligensia | Kata-kata tersebut masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana dan Kamus Dewan Edisi Keempat kecuali kata sarwa, pandang, neo-, liberal dan inteligensia. Makna bagi kata-kata tersebut boleh diperoleh dengan mudah di https://prpm.dbp.gov.my/ atau merujuk kamus bercetak. | Lain-lain | 12.07.2023 |