Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan kata’Yang Tahu Je Tahu’ pada masa ini disingkatkan menjadi ‘YTJT’ tergolong dalam penggunaan kata akronim atau bagaimana? Mohon penjelasan.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya, jentolak (jentera tolak). Manakala, singkatan ialah kata dan sebagainya yang diringkaskan atau dipendekkan, contohnya DBP (Dewan bahasa dan Pustaka).

Tiada singkatan bagi frasa “yang tahu je tahu”. Oleh yang demikian, kami mencadangkan ayat “Sesiapa yang tahu saja tahu akan xxx”. Ayat ini perlu dilengkapkan bagi menggambarkan makna keseluruhan ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47 dan 2117.

Tatabahasa02.11.2024

Kembali ke atas