Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong nyatakan format surat rasmi yang terkini berserta contohnya sekali. Terima Kasih.Format surat rasmi tiada yang terkini. Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap.Lain-lain14.12.2006
Salam, Ayat: Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 4G dan terkini 5G, kita dapat.... Perlukah frasa "terkini 5G" ditukarkan menjadi "yang terkini 5G"? Adakah kedua-dua frasa tersebut sama sahaja? Terima kasih!Frasa "yang terkini 5G" lebih gramatis untuk digunakan. Tatabahasa25.06.2021
bagaimana untuk menyemak ejaan jawi ?Saudara boleh mendapatkan "Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua" untuk merujuk kata dalam tulisan Jawi. Buku ini merupakan edisi yang terkini yang diterbitkan oleh DBP.Lain-lain29.09.2009
Ke berapakah edisi yang terkini untuk kamus dewan bahasa?KAMUS DEWAN BAHASA EDISI KEEMPATLain-lain06.08.2016
Apakah penjodoh bilangan yang terkini untuk bunga telur (bagi bilangan satu) dan bunga telur (bagi bilangan banyak). Terima kasihTidak semua kata nama memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan bagi bunga telur, apatah lagi pada masa kini bunga telur boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Lazimnya bunga telur disebut/dikira dalam bentuk unit. Tatabahasa26.07.2016
apakah isu bahasa melayu yang terkini?Isu terkini ialah isu bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains Matematik, bahasa rojak dan bahasa sms.Lain-lain13.02.2008
Assalamualaikum. Saya nak tanya, ejaan yang terkini perabot. Adakah ejaan perabut sistem ejaan lama? Sekian terima kasih.

Perkataan ‘perabot’ telah mengalami perubahan ejaan mengikut sistem ejaan rumi Bahasa Melayu.

 

Rujuk Buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Ejaan15.08.2021
format surat rasmi yang terkini?Format surat rasmi tiada yang terkini. Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap.Lain-lain18.04.2011
di mana saya boleh dapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang terkini ?

Saudara Jong,

Sial hubungi Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. saudara boleh juga mengunjungi Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat Bawah, Menara DBP, KL.   

Lain-lain07.01.2010
Bolehkah saya mendapatkan sumber untuk mendapatkan skema pemarkahan Bahasa Melayu untuk UPSR yang terkini? Terima kasih.Skema pemarkahan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Lain-lain11.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas