dalam penulisan karangan untuk sekolah, bolehkah digunakan perkataan yang yang di "si" atau "di" kan. contoh studi = belajar, kesimpulan= konklusi, tempoh= durasi, pengguna=konsumer dan lain. BM dah jadi bahasa Indonesia dan bahasa rojak. amat mengelirukan | Pengguna perlu menggunakan bahasa Melayu jika perkataan tersebut mempunyai terjemahan atau padanannya dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 02.01.2020 |
Mohon dapatkan saya emel ketua bahagian hakcipta, terima kasih | Salam sejahtera, Alamat E-mel Ketua Bahagian Hakcipta seperti yang yang berikut: Puan Hajah Wardati binti Md. Sheriff E-mel: wardati@dbp.gov.my sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.06.2020 |
Mohon penjelasan yang manakah ayat yang betul dan yang manakah ayat yang salah? I Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan hadiah. II Persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia telah lama terjalin. III Perbuatan adik saya menyorok di dalam almari memang berbahaya. IV Burung helang itu bersarang di celah dahan yang tinggi. | Salam sejahtera, Soalan 1, di atas tukar kepada atas. Soalan 2, betul. Soalan 3, betul. Soalan 4, betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 21.03.2020 |
Yang manakah penggunaan yang betul, "urutan" atau "turutan, seperti ayat yang berikut, "Susun ayat mengikut urutan/turutan yang betul?" Mohon respons. | Jika dilihat kepada contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan, urutan dan turutan boleh digunakan secara bergilir-gilir kerana membawa maksud yang sama, iaitu yang berturut-turut. | Makna | 22.01.2020 |
Saya ingin tahu yang mana satukah yang betul yang membawa maksud 'mati' - meninggal / meninggal dunia / atau meninggalkan dunia? Adakah meninggal dunia merupakan kata majmuk atau kata kerja transitif? | Penggunaan yang betul ialah meninggal dunia dan merupakan kata majmuk. | Tatabahasa | 10.03.2020 |
Yang manakah yang sesuai untuk dipadanankan dengan perkataan "outbreak" dalam konteks wabak penyakit? Peletusan atau letusan? Ayat contoh: Peletusan/Letusan wabak penyakit yang disebabkan oleh coronavirus telah memberikan kesan yang besar kepada ekonomi negara. | Maksud outbreak menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah bermaksud kerebakan peletusan atau wabak dari bidang pertanian, perubatan, veterinar dan perhutanan. Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan ialah Peletusan wabak penyakit yang disebabkan oleh koronavirus telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada ekonomi Negara. | Makna | 20.03.2020 |
Assalam Selain daripada Ybrs, YAbrs adakah Ybhg juga termasuk pangkat tidak bergelar yang tidak boleh ditulis hanya di sebut secara lisan sahaja? Terima kasih. | Salam sejahtera. Untuk makluman, Tiada larangan atau arahan yang tidak membenarkan untuk mengeja perkataan "Yang Berbahagia" / "Yang Berusaha" / "Yang Amat Berbahagia" / "Yang Amat Berusaha". Sememangnya boleh digunakan untuk ejaan dan sebutan bagi gelar yang berkenaan. Gelar "Yang di-Pertuan Agong" (YDPA) tiada masalah dan tiada larangan untuk dieja. | Lain-lain | 22.01.2020 |
Apakah yang dimaksudkan dengan fertigasi? Sebab saya cari di carian umum tetapi tiada dalam rekod. Adakah ejaan saya salah? | Menurut daripada istilah pertanian, ejaan yang betul ialah fertigasi yang bermaksud sayuran atau buah-buahan yang melibatkan pengairan titis, yang digabungkan dengan pemberian nutrien bersama-sama air yang dibekalkan kepada tanaman. Tanaman ini menggunakan pasu dengan media yang boleh menyimpan air seperti sabut kelapa atau gambut. | Ejaan | 11.05.2020 |
Salam sejahtera, Saya ada pertanyaan mengenai istilah yang tepat untuk digunakan dalam bidang pertanian. Istilah yang mana yang tepat digunakan antara ini: alat membajak, alatan membajak, alat pembajakan, alatan pembajakan, alat pembajak, alatan pembajak? Terima kasih. | Untuk makluman, membajak bermaksud menggemburkan tanah dengan bajak, menenggala atau meluku. Pembajakan merupakan perbuatan membajak atau penenggalaan. Pembajak pula bermaksud alat untuk membajak atau tenggala. Manakala, alat dan alatan membawa maksud yang sama, iaitu peralatan yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah alat membajak dan alatan membajak. | Makna | 02.06.2020 |
salam hormat Yang mana yang betul dari segi penggunaan berikut: 1. Esok baru kami tahu. 2. Esok baharu kami tahu. mohon pencerahan pihak tuan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Esok baru kami tahu. Ini kerana Baru merujuk kepada penanda tempoh masa atau waktu, manakala perkataan Baharu pula merupakan kata adjektif, yang menandakan sifat atau keadaan. | Ejaan | 23.06.2020 |