Salam, ayat yang manakah betul? 1. Antara berikut, yang manakah nombor perdana? 2. Antara yang berikut, yang manakah nombor perdana? 3. Antara nombor berikut, yang manakah nombor perdana? Mohon terangkan penggunaan kata hubung yang dalam suatu ayat. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Antara nombor yang berikut, yang mana satukah nombor perdana?” Kata Hubung tergolong di bawah kata tugas yang berfungsi sebagai penyambung ayat. Kata penyambung ayat ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), halaman 249 - 254. | Tatabahasa | 12.06.2025 |
1. Ada laman sesawang yang menyatakan Yang Berbahagia boleh digunakan untuk Tetamu Kehormat dari dalam atau luar sekolah. Adakah ini benar? Jika ya, adakah ini bermaksud Pengetua boleh dirujuk sebagai Yang Berbahagia? 2. Barisan Kepimpinan Pelajar atau Barisan Pemimpin Pelajar? 3. Yang Dikasihi rakan-rakan atau Yang dikasihi rakan-rakan? | Page Title 1. Ungkapan “Yang Berbahagia” dalam sesuatu majlis digunakan untuk:
a. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam).
b. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahi gelaran kehormat seperti Dato'/Datin/Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dan lain-lain. Penggunaan ungkapan “Yang Berbahagia” tidak tertakluk kepada individu tetapi posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.
"Yang Berusaha" pula lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak yang menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.
Oleh yang demikian, pengetua dirujuk sebagai “Yang Berusaha”.
Page Title 1. Ungkapan “Yang Berbahagia” dalam sesuatu majlis digunakan untuk:
a. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam).
b. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahi gelaran kehormat seperti Dato'/Datin/Dato' Seri/Datin Seri, Tan Sri/Puan Sri dan lain-lain. Penggunaan ungkapan “Yang Berbahagia” tidak tertakluk kepada individu tetapi posisi seseorang individu dalam sesuatu majlis.
"Yang Berusaha" pula lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak yang menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.
Oleh yang demikian, pengetua dirujuk sebagai “Yang Berusaha”.
2. Jawapan yang betul ialah “Barisan Kepimpinan Pelajar”. "Kepimpinan" bermaksud keupayaan memimpin dan penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat.
3. Jawapan yang betul ialah “Yang dikasihi rakan-rakan” dan kata “dikasihi” ditulis dalam huruf kecil.
2. Jawapan yang betul ialah “Barisan Kepimpinan Pelajar”. "Kepimpinan" bermaksud keupayaan memimpin dan penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat.
3. Jawapan yang betul ialah “Yang dikasihi rakan-rakan” dan kata “dikasihi” ditulis dalam huruf kecil.
| Tatabahasa | 10.08.2024 |
YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETUL PREMIS ATAU PERMIS? ADAKAH KEDUA PERKATAAN INI MEMBAWA MAKSUD YANG BERBEZA. | Ejaan yang betul ialah premis. Tiada perkataan permis ditemukan. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), maksud premis adalah seperti yang berikut: 1. pernyataan atau perkara yang dianggap sebagai sesuatu yang benar atau pasti untuk tujuan membuat huraian atau perbincangan yang membawa kepada sesuatu kesimpulan, penyelesaian dan sebagainya 2. bangunan, tanah dan kawasan persekitarannya untuk menempatkan kedai atau menjalankan perniagaan | Ejaan | 02.07.2025 |
Salam, Yang manakah penggunaan yang lebih tepat dan mengapa? Menubuhkan satu/suatu jawatankuasa Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat adalah “Menubuhkan satu jawatankuasa”. Satu bermaksud 1 angka yang dilambangkan dengan 1, i dan I, yang merupakan angka terkecil yang boleh dibilang, dan hadir sebelum angka 2, ii dan II, 2 yang paling tinggi bagi pangkat, kelas dan sebagainya, 3 yang kedudukannya, penarafannya pada tingkat permulaan atau paling rendah, 4 yang itu sahaja, 5 kurang daripada dua jumlahnya, 6 merujuk pada sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 7 sekalian yang ada, seluruh atau semua sekali, 8 merujuk pada tempat, waktu dan sebagainya yang sama. Suatu bermaksud 1 merujuk masa, hari, peristiwa dan lain-lain yang tidak dinyatakan secara tepat, 2 merujuk sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 3 satu sahaja, 4 tiap-tiap satu, 5 pertama-tama atau yang pertama. Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1972 dan 2157. | Lain-lain | 05.06.2025 |
Assalamualaikum. Pertanyaan, (1) Adakah "k" huruf besar untuk ejaan Komander Ahmad? Adakah sama seperti Inspektor Ali, yang menjadi kata nama khas? (2) Yang manakah yang betul, "rejim zionis" atau "Rejim Zionis" atau "rejim Zionis"? (3) Yang manakah yang betul, "tentera zionis" atau "Tentera Zionis" atau "tentera Zionis"? Terima kasih. | “Komander Ahmad” dan “Inspektor Ali” merupakan kata nama khas dan perlu dieja dengan menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan, manakala “rejim Zionis” dan “tentera Zionis” merupakan gabungan antara kata nama am dengan kata nama khas. Hanya perkataan “Zionis” dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan kerana “Zionis” merupakan kata nama khas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 96 - 97. | Tatabahasa | 22.05.2025 |
Topi yang dipakai oleh petani atau tukang kebun dipanggil topi yang besar atau topi yang lebar? | Topi yang dipakai oleh petani atau tukang kebun dipanggil topi yang lebar kerana saiznya diukur berdasarkan kelebarannya. | Lain-lain | 15.05.2025 |
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh CSR alam sekitar? | Ayat yang betul ialah "Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh CSR alam sekitar?" | Tatabahasa | 22.10.2024 |
Saya perlu pengesahan ejaan yang betul bagi penulisan di dalam surat & rasmi YA (singkatan Yang Arif) YAA (singkatan Yang Amat Arif) untuk YA mana yang betul adakah perlu ada titik noktah. Contoh Y.A. Y.A.A. Misalnya untuk gelaran nama yang penuh YA atau Y.A. Datuk Dr Shahnaz (perkataan di akhir Dr perlu tanda noktah atau tidak) | Penulisan singkatan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. YA untuk Yang Arif 2. YAA untuk Yang Amat Arif 3. Dr. untuk Doktor Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 114 dan 169-174.
| Lain-lain | 28.08.2025 |
Apakah istilah yang tepat yang boleh digunakan untuk perkataan "self compassion" bagi penulisan dalam terma kaunseling dan psikologi. Ada perkataan yang pernah saya jumpa ditulis dengan "belas kasihan kendiri" dan ada juga yang menterjemah kepada "ihsan kendiri". Apa istilah paling tepat dan sesuai untuk terma di dalam kaunseling? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi self compassion ialah belas kasihan diri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.05.2025 |
Adakah boleh digunakan Yang Berbahagia untuk tetamu kehormat yang tidak ada pangkat Dato’/Datin? Contoh tuan KPPD yang merasmikan majlis? | Penggunaan gelaran "Yang Berbahagia" (YBhg.) lazimnya digunakan untuk individu yang mempunyai gelaran kehormat seperti Datuk, Datin, atau yang setaraf dengannya. Dalam konteks formal atau majlis rasmi, tetamu kehormat yang tidak mempunyai gelaran kehormat. Namun, mempunyai jawatan penting, gelaran yang sesuai digunakan ialah (Yang Berusaha) YBrs.
| Lain-lain | 20.12.2024 |