Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. Yatim = kematian bapa 2. Piatu = kematian ibu bapa 3. Yatim piatu = kematian ibu bapa soalan saya, kematian ibu sahaja = ? | Salam sejahtera saudara Sham, Anak yatim juga digunakan untuk anak yang tidak beribu merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu anak yang tidak berbapa dan (ada juga dipakai untuk) anak yang tidak beribu atau tidak beribu bapa. Sila layari yatim">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=yatim untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut. | Makna | 01.10.2012 |
1. Sebahagian daripada anak-anak yatim 2. Sebahagian daripada anak yatim 3. Sebahagian anak yatim adakah ketiga-tiga ini jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang tepat ialah sebahagian daripada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih. | Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa". | Tatabahasa | 08.07.2013 |
adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan kata 'ambil berat' ? 1) Ibu bapa harus ambil berat akan anak-anak mereka. 2) Mereka sangat ambil berat terhadap anak-anak yatim. 3) Mak Su sangat ambil berat terhadap jirannya. | Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. Dari segi konteks penggunaan perkataan "ambil berat" dalam ayat di atas adalah betul. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Salam sejahtera,boleh tak pihak tuan/puan untuk menyemak penggunaan kata(dalam kurungan) sesuai atau tidak dalam ayat tersebut? 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. (kejur) 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. (bengkok) 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. (rebah) 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. (usang) 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. (berkeliaran) Selain itu,apakah perbezaan antara orang-orang dengan orang-orangan? Sekian,terima kasih | 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. - Kejur bermaksud keras dan kaku, boleh digunakan dalam ayat tersebut. 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. - Bengkok bermaksud tidak lurus dan tidak sesuai digunakan kepada tubuh badan manusia. 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. - Rebah bermaksud tumbang dan lazimnya digunakan untuk manusia manusia dan pokok. 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. - Usang bermaksud lama terpakai atau tersimpan dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. - Berkeliaran bermaksud merayau dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. Saudara boleh menyemak sendiri makna perkataan dan memastikan sama ada penggunaannya sesuai atau tidak dalam konteks ayat tersebut melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan tersebut dalam ruangan Carian Spesifik. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut? | Saudara, 1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya: Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan. Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 13.10.2009 |
1. Jika singkatan untuk malam ialah mlm, apa pula singkatan untuk tengah hari? 2. Panduan untuk menggunakan kata sendi nama 'bagi' dan 'untuk'. Benarkah kata sendi 'bagi' lazimnya disusuli dengan kata nama, dan kata sendi 'untuk' disusuli dengan kata kerja. Contohnya: Bagi pelaksanaan projek, untuk melaksanakan projek. Bolehkah 'bagi' ditukar dengan 'untuk'? | 1. Singkatan untuk tengah hari ialah tgh. 2. Kata sendi nama bagi dan untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata snedi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) | Tatabahasa | 06.07.2010 |