Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Yang Mulia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ym


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
YM RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ SOALANNYA: ADAKAH BETUL DILETAKKAN PERKATAAN HAJI DI AWAL cth: HAJI YM ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ atau PERKATAAN YM DULU BARU PERKATAAN HAJI cth: YM RAJA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Yang betul ialah gelaran seperti YM/YB/Haji (Maklumat lanjut tentang gelaran, sapaan dan sebagainya boleh rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi) dan diikuti dengan nama, contohnya: YM HAJI RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ.Lain-lain29.04.2009
Apakah terjemahan bagi "computer-aided design"? Terima kasih

YM Tengku,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah reka bentuk dibantu komputer. YM Tengku boleh melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu YM Tengku mendapatkan padanan dalam bahasa Melayu.

 

Istilah24.07.2009
Ejaan YM TengkuEjaan yang betul ialah YM Tengku.Ejaan02.11.2010
YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZYM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZLain-lain15.11.2010
Salam di dalam surat rasmi jika orang yang menandatangani surat itu mempunyai nama Raja,perlukah gelaran YM diletakan sebelum nama tersebut? contoh YM Raja Abu Raja Ali atau hanya perlu ditulis nama sahaja Terima kasihKata sapaan  untuk Raja dan Tengku ialah Yang Mulia, contohnya Yang Mulia Raja Azman atau Yang Mulia Tengku Ahmad.  Dalam surat rasmi, kata sapaan tesebut perlu ditulis.Tatabahasa26.09.2013
Seseorang yang namanya bermula dengan gelaran warisan seperti Raja, Tengku, Tunku, dan sebagainya biasanya kita memanggil mereka dengan panggilan hormat sebagai 'Yang Mulia' (YM) dan bukannya encik. Tetapi dalam bahasa Inggeris, apakah gelaran yang perlu kita gunakan dalam konteks Malaysia? Adakah "Mr. Tengku Nazri" atau masih "YM Tengku Nazri"?Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menangani permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun sedikit maklumat yang dapat kami berikan, jika budaya berbahasa Melayu ingin dikekalkan dalam teks bahasa Inggeris, maka penggunaan YM Tengku Nazir boleh digunakan.Tatabahasa29.05.2012
Salam..ingin bertanya tentang penggunaan istilah YM (Yang Mulia) bagi nama yang bermula dengan Raja, Tengku atau Tuan di Jabatan Kerajaan.Gelaran untuk Raja dan Tengku ialah Yang Mulia, contohnya Yang Mulia Raja Azman atau Yang Mulia Tengku Ahmad. Gelaran tuan digunakan untuk memanggil seseorang dalam majlis rasmi/surat-menyurat rasmi bagi individu yang tidak mendapat sebarang gelaran daripada istana, seperti "Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan..." atau "Merujuk surat tuan...".Lain-lain25.11.2010
Salam, Saya ingin bertanya mana satu ayat yang betul a) Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas , atau b) Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkata di atas..

YM Tengku,

Ayat yang betul ialah " Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas ...

Tatabahasa08.11.2010
Apakah panggilan hormat untuk nama awalan Ku (cth nama Ku Idris). ? Cthnya jika nama Raja akan dipanggil Yg Mulia.Jika Ku (nama) yang dimaksudkan oleh saudara ini asalnya daripada keturunan raja, Yang Mulia (YM) boleh digunakan, namun demikian, bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Pengucapan Awam atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan bahan carian dapat diperoleh melalui laman tersebut.Lain-lain06.08.2007
yang mana tepat-1. Zulkifli kaget/takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya 2.Tepatkah ayat ini-Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.

YM Tengku,

Ayat yang betul ialah : i. Zulkifli takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. ii. Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan (oleh) adik tengah hari tadi. 

Tatabahasa14.10.2010
12

Kembali ke atas