Salam, Perlukah perkataan "ikan" diletakkan di hadapan perkataan "yu". Maksud saya, perkataan Inggeris "shark" sebaiknya diterjemahkan sebagai "ikan yu" atau cukup sekadar "yu" sahaja. Terima kasih. | Terjemahan shark dalam bahasa Melayu ialah yu. | Istilah | 01.04.2013 |
Bagi istilah Inggeris 'sawfish', yang manakah berikut lebih sesuai untuk menterjemahkannya? 1. yu gergaji 2. yu todak | Yu Gergaji. T.kasih. | Lain-lain | 25.09.2008 |
Re : Tukar ayat aktti kepada ayat pasif: 1.Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. (a) Sekilo udang dari pasar itu dibeli oleh Yu Kang. (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar itu. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? 2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. (a) Buku cerita dari perpustakaan di pinjam oleh Su Xin. (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? Sekian, terima kasih. | 1. Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. Ayat pasifnya - (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar 2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. Ayat pasifnya (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
Apakah maksud simpulan bahasa yu kia-kia | Peribahasa "yu kia-kia" bermaksud "bermuka dua, mendua hati, munafik" (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu) | Lain-lain | 15.10.2014 |
kata sama ada, sekali gus ialah kata majmuk atau bukan? | Sdr. Yu, sama ada dan sekali gus bukan kata majmuk | Tatabahasa | 24.05.2010 |
ejaan untuk orang asli atau orang Asli atau Orang Asli? | Encik Yu, Jika ungkapan itu digunakan secara umum ia ditulis sebagai orang asli, tetapi apabila digunakan untuk penulisan secara khusus ialah Orang Asli. | Istilah | 30.03.2010 |
Salam.. Saya ingin bertanyakan mengenai kamus bahasa Melayu yang disertakan dengan contoh sebutan (pronunciation). Contoh: "Universiti" sebutan: "yu.nI.ve si ti" dan "udang" sebutan "u! d a ŋ". Kalau kamus bahasa Inggeris ada disertakan contoh lebih tepat seperti:"university" sebutan "/ˌjuː·nɪˈvɜː·sə·ti/". Adakah kamus seperti ini (bahasa melayu) secara online ataupun dalam bentuk kamus dipasaran? Terima Kasih | DBP belum pernah lagi menerbitkan kamus (sama ada dalam bentuk buku atau secara dalam talian) yang mengandungi sebutan bagi setiap entri kata. | Lain-lain | 30.03.2015 |
knp ayat 'bergantung kepada guru.' salah? bergantung pada usaha. betul ke? boleh jelaskan tq | Saudara Yu, Frasa 'bergantung pada' merupakan frasa yang betul. Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 28.07.2009 |
Apakah kata seru yang boleh digunakan untuk melahirkan kegembiraan? Cthnya jika B Inggeris ada 'hurray' atau 'yay', bagaimana dgn B m'yu? | Merujuk buku Tatabahasa Dewan, tidak semua kata seruan yang disenaraikan dapat melahirkan pelbagai perasaan termasuklah perasaan gembira. Berdasarkan contoh dalam Kamus Dewan 'hurray' dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada 'hore' seperti dalam contoh ayat: Hore, kita menang! | Tatabahasa | 15.04.2011 |
pada zaman mutakhir ini betul ke? atau muktahir ini? atau muktahir ? Penggunaan 'marcapada ini' betul ke? atau cuma letak 'Marcapada' je? | Encik Yu, Maksud mutakhir ialah terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Oleh itu frasa yang betul ialah 'pada zaman mutakhir ini' atau ' mutakhir ini'. Makna 'marcapada' ialah dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. | Tatabahasa | 18.05.2010 |