Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara Greece (di Eropah); orang (bahasa, bangsa) ~ orang (bahasa, bangsa) Greek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yunani


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin bertanya. Adakah negara Greek dalam bahasa Melayu boleh ditukarkan/guna/ganti dengan nama Yunani kerana dalam buku sejarah ada menyebut mengenai tamadun Yunani iaitu tamadun di Greek. Mengapa kita tidak menggunakan nama Yunani sebagai nama negara Greek dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Yunani bermaksud negara Greece (di Eropah).

Oleh itu, Yunani boleh digunakan untuk negara Greek.
Makna14.11.2019
Salam sejahtera. Adakah perkataan "Yunani" dan "Greek" boleh digunakan untuk merujuk kepada istilah bahasa Inggeris "Greek" (untuk istilah umum)? Bagaimana pula dengan "Greece"? Adakah boleh digunakan perkataan "Yunani" juga untuk merujuk kepada negara itu?Assalammualaikum WM WBT dan Salam Sejahtera.

Mengikut Kamus Dewan, Yunani bermaksud negara Greece (di Eropah): orang (bahasa, bangsa), orang (bahasa,bangsa) Greek.
Maka berdasarkan soalan Saudara, perkataan Yunani dan Greek bagi penggunaan istilah yang umum, masing-masing boleh digunakan untuk merujuk bahasa dan bangsa.
Perkataan Greece pula lebih sesuai digunakan untuk merujuk sebuah negara.
Istilah13.01.2014
perkembangan zaman yunani. mohon penjelasan pihak tuan.. jika ada buku yang boleh dirujuk mohon kongsikanUntuk makluman puan, buku berkenaan perkembangan zaman Yunani tiada dalam rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan di perpustakaan negeri atau perpustakaan universiti serta penerbit yang lain.Lain-lain09.11.2013
apakah tatabahasa tradisonal?Tatabahasa tradisional adalah mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani. Tatabahasa ini dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain dan bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden.Tatabahasa27.07.2006
Adakah akhiran -is juga merupakan imbuhan pinjaman daripada Bahasa Inggeris?Antara bentuk akhiran asing daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris termasuklah -is seperti ekonomis dan prgmatis.Tatabahasa24.03.2013
Adakah perkataan "poli" dalam "politik" ialah imbuhan pinjaman?Ya, pada asalnya perkataan politik berasal daripada bahasa Yunani tetapi tidak pada awalan "poli" ini yang produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum imbuhan "poli" membawa maksud "banyak"  digunakan bagi menerangkan maksud jamak. Istilah28.10.2018
Boleh kah saya menggunakan perkataan Omega dalam pilihan nama untuk pusat tuisyen?

Saudara,

Makna perkataan omega ialah  huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani. Dalam konteks lain, perkataan omega merupakan jenama terkemuka bagi jam. Dalam konteks penamaan terutamanya penamaan pusat tuisyen, biasanya nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaan, keilmuan atau berbentuk akademik sesuai digunakan. Dalam hal ini jika puast tuisyen tersebut disamakan dengan taraf terkemuka maka perkataan omega bolehlah digunakan. 

Makna05.08.2010
apkah maksud FiFi bermakna bayaran yang dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat profesional, misalnya dalam khidmat guaman dan perancangan. Fi juga adalah huruf ke-21 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol.Makna29.11.2007
Mengapakah kata nama khas seperti nama negara tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti United Kingdom ke Kerajaan Bersatu dan sekiranya wujud hukum bahasa ini jadi mengapa negara seperti Yaman, Yunani, Amerika Syarikat serta Emiriyah Arab Bersatu mempunyai nama khas yang nyatanya telahpun diterjemah dari nama asalnya (Yemen,Greece,United States dan United Arab Emirates), jika tidak wujud hukum ini maka penerjemahan nama khas adalah berdasarkan fonologi ataupun penterjemahan terus? (United Kingdom > Unaited Kingdem ATAU Kerajaan Bersatu)Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu.  Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut.  Nama-nama ini hamper terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Ambil Contoh nama Ayer Keroh, Burma atau Myanmar, Tobago and Trinidad dan Isle of Trinidad juga negeri atau tempat baharu yang baru merdeka seperti Montenegro, Timor-Leste atau East Timor.  Keadaan politik amat mempengaruhi kewujudan atau penamaan negeri-negeri dan tempat-tempat ini.  Satu perbahasan atau penyelidikan mungkin diperlukan jika saudara mahu mendapatkan jawapan perihal soalan yang dikemukakan.
Terima kasih.
Lain-lain17.05.2018
apakah 5 teknik pengajaran yang berkesan untuk mengajar kata terbitan imbuhan pinjaman?Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 10 : Pembentukan Perkataan Baharu ; Imbuhan Sanskrit, Arab - Parsi dan Yunani - Latin - Inggeris.Tatabahasa05.07.2008
12

Kembali ke atas