Mohd Yassin Mohd Yunus SEL 10.21 PTG CADANG ISTILAH Mungkin perlu juga digunakan sistem penggabungan dua perkataan untuk membentuk istilah baharu. Ini bagi menjadikan korpus perbendaharaan lebih sesuai dengan arus zaman. Contoh: 1. 'charging' = isirus; [isi] + [arus] Istilah 'cas' atau 'mengecas' dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada. Cuma, maksudnya jauh dari yang selalu orang gunakan (menahan kaki orang berjalan/berlari dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh). 2. 'boarding' = naikapal; [naik] + [kapal] 'Boarding' atau 'board' dalam maksud sebenar Bahasa Melayu, selain "berasrama", "papan", "naik" dan "barisan", tidak mempunyai semantik yang cukup mendalam bagi maksud ayat "menaiki kapal". Dan memandangkan kapal adalah satu-satunya jenis kenderaan yang seseorang boleh 'board'/'boarding', maka mengapa tidak digabungkan saja, supaya penutur Bahasa Melayu tidak pula terkeliru dengan menggunakan perkataan tersebut untuk kenderaan lainnya. Contoh ayat: "Kamil mengisirus telefon bimbitnya di surau lapangan terbang, sebelum dia menaikapal." Saya ada beberapa cadangan istilah lain yang saya simpan bagi memperkaya lagi perbendaharaan kata bangsa kita. Saya senaraikan sebahagiannya: 1. 'tesat' ([temu] + [sesat]), yang bermaksud menemukan sesuatu dalam keadaan sesat (biasanya pengajaran/pelajaran). Tamsil guna: "Jaidi tesat di Kuala Lumpur, bahawa kebahagiaan yang dicarinya, ada di kampung halaman." 2. 'pedata' ([pesan] +[dalam] + [talian]), ya | Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan pembentukan istilah baharu yang tuan cadangkan. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang terlibat dengan projek pembentukan istilah. | Istilah | 17.10.2017 |
saya hendak mencari ' Orang pertama yang mencipta gasing' . | Mohon sdr merujuk bahan ini: Sekiranya sdr. menjadi Rakan Dewan, sdr boleh membuat penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 04.04.2008 |
Bolehx komplemen menjadi predikat?"Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah bahawa sekatan pergerakan penuh perlu dilaksanakan tanpa sebarang pengecualian." Ini contoh ayat yang diberikan oleh Cikgu Ghalib Yunus. Tapi ramai yg kata xboleh. Mohon penjelasan tuan. | Ayat yang betul ialah Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah pelaksanaan sekatan pergerakan penuh tanpa sebarang pengecualian. | Tatabahasa | 29.08.2021 |
salam tuan. saya menggunakan sebuah buku latihan/buku kerja tatabahasa bertajuk 'Latih Tubi Total (Terkini)' Tatabahasa Tahun 4 keluaran Sasbadi tahun 2006. Penulis buku; Norida Tan & Fatimah Azzahra Mat Yunus. Dalam Unit 5 buku itu bahagian penjodoh bilangan disediakan nota/fakta iaitu: kaki - untuk payung dan bunga SOALAN: adakah betul penjodoh bilangan kaki boleh digunakan untuk bunga? setakat yg saya tahu, penjodoh bilangan bunga; kuntum, jambak, tangkai, pasu. -Terima kasih- | Penjodoh bilangan bagi bunga ialah kuntum, jambak dan tangkai, manakala "pasu" boleh digunakan untuk bunga tetapi bukan penjodoh bilangan. Jika bunga ditanam di dalam pasu, boleh digunakan "sepohon bunga" tetapi "kaki" tidak boleh digunakan untuk bunga. | Lain-lain | 04.03.2010 |
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
Tuan/Puan,Saya mahu tanya satu soalan yang penting. Bolehkah Tuan/Puan memperkenalkan beberapa karangan yang terbaik kepada saya?Terima kasih | Puan boleh merujuk buku berkaitan penulisan karangan seperti buku Petua Pintar Karangan Cemerlang, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017 dan buku Siri Pendidikan Bahasa: Cara Terbaik Menulis Karangan SPM, Abdul Ghalib Yunus, Alex Leong Jun Wei, Wong Hooi Mun, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019. | Lain-lain | 21.06.2021 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya mengenai Majalah Wadah. Bagaimana untuk mengetahui laman web majalah tersebut dan cara untuk mendapatkannya. Terima kasih atas maklum balaa pihak tuan. | Salam puan budiman, Untuk makluman, Majalah Wadah (Keluaran DBP Cawangan Sabah), telah diterbitkan dalam bentuk edigital, sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan maklumat majalah tersebut, pihak puan bolehlah menghubungi: Puan Hadine Yunus Gadong, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah 088-439314 hadine@dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 05.01.2020 |
Salam.... Saya dari Kelab Pendita UUM.kelab ini adalh satu2nya sebuah yg menjlnkan program berteraskn sastera. bagaimana prosedur sekiranya kami ingin menjalinkan kerjasama dengn pihak tuan??? terimakaseh atas segala perjawaban yang akan diberikan | Puan boleh menghubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBp untuk maklumat lanjut berkaitan program yang boleh disertai. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Puan Roziah binti Md. Yunus, 03-2147 9123 atau e-mel roziah@dbp.gov.my | Lain-lain | 09.02.2014 |
ada tak buku atau kajian mengenai bahasa melayu baku yang menerangkan aspek sejarah dan pembakuannya ? | Sila rujuk buku Asmah Haji Omar, Essays on Malaysian Linguistics dan Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu. Juga buku Pedoman Ejaan Bahasa Malaysia (DBP); Raja Mokhtarudin Raja Mohd Dain bertajuk Pembinaan Bahasa Melayu : Satu Kajian Khusus Mengenai Perancangan Bahasa; Nik Safiah Karim, Strukturalisme : Satu Tinjauan Multi Disiplin; Yunus Maris, The Malay Sound System; Za'ba, Ilmu Mengarang Melayu. | Lain-lain | 13.01.2008 |
ISU PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN DAN KATA BILANGAN TANPA MENGIKUT PRESKRIPTIF. | Soalan yang dikemukakan ini berbentuk tugasan kuliah. Saudari perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci untuk menyelesaikan soalan ini. Saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran untuk membuat penyelidikan atau merujuk buku dan makalah yang berkaitan. Sila layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Untuk pelajar dan orang awam yang berminat untuk membuat kajian boleh merujuk buku berkaitan tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat, seperti buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata: Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman, buku Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman dan buku Soal Jawab Bahasa, Abdul Ghalib Yunus. Untuk makluman saudari, buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan rujukan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat tentang isu bahasa, sila gunakan Buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan. | Tatabahasa | 12.12.2020 |