Saya ingin maklumat berkenaan penggunaan perkataan "yuran" yang bertepatan di dalam iklan. Sebagai contoh iklan terpapar : 'DIJEMPUT HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. YURAN RM 5 SEORANG. SIJIL DAN MAKAN DISEDIAKAN.' Mana satukah yang lebih tepat, YURAN atau PENDAFTARAN? Mohon dapat penjelasan atas kekeliruan ini. Terima kasih. | TUAN/PUAN DIPERSILAKAN HADIR KE KURSUS SEHARI PENGURUSAN JENAZAH. BAYARAN SEBANYAK RM5 DIKENAKAN UNTUK SETIAP PESERTA TERMASUKLAH MAKAN MINUM SEWAKTU BERKURSUS. SETIAP PESERTA AKAN DIBERIKAN SIJIL PENYERTAAN. | Tatabahasa | 07.04.2011 |
Salam sejahtera. Kegunaan "bukan"dan "tidak". Mana satu betul? Pak Ahmad bukan mampu membayar yuran sekolah cucunya. Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. Terima kasih. | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. Ayat yang betul ialah "Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Mengapa 'unit' ( bermula huruf u) dan 'yuran' ( bermula huruf y) sedangkan bunyi pada pangkal perkataan adalah sama? Saya tidak mengfokus kepada sebutan baku tetapi persoalan menjurus kepada aspek bunyi pertuturan. | Saudara, Perkataan 'unit' ialah perkataan daripada bahasa Inggeris dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu melalui penyesuaian huruf dengan mengambil kira bentuk bahasa sumber. Oleh yang demikian perkataan 'unit' tetap unit dalam bahasa Melayu. Perkataan yuran ialah perkataan bahasa Melayu dan bukan perkataan yang diserapkan daripada bahasa lain. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 19.12.2009 |
annual managment fee | yuran pengurusan tahunan | Ejaan | 06.06.2011 |
saya nak tanya macam mana saya nak meminjam atau memiliki bahan atau buku di dewan bahasa dan pustaka. | Terima kasih atas soalan anda. Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP | Lain-lain | 20.07.2010 |
Tuan/ Puan, Saya seorang penulis sewasta yang ingin mengembangkan bahan-bahan belajar bahasa Cina yang sesuai digunakan oleh penutur asli Melayu. Saya ingin bertanya bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan ini secara percuma di Perpustakaan Negara? Kalau tidak, bagaimana individu di publik boleh memohon perkhidmatan ini dan berapakah yuran tersebut? Sekian terima kasih. -- Yang benar, Kong SK | Sila berhubung dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 05.04.2010 |
Ejaan dalam bahasa malaysia untuk Fee | Padanan istilah fee dalam bahasa Melayu bergantung pada konteks dan bidang penggunaannya. Dalam bidang undang-undang, padanan fee dalam bahasa Melayu ialah fi. Untuk konteks umum, padanan fee dalam bahasa Melayu ialah bayaran, yuran. | Ejaan | 30.07.2009 |
Apakah perbezaan minta dan tolong? bagaimanakah saya menggunakan perkataan tersebut? boleh berikan ayat contoh dan terangkan? terima kasih... | Puan Gina, Dalam konteks pembentukan ayat, kedua-dua kata "minta" dan "tolong" dikenali sebagai ayat permintaan. Contoh penggunaan kedua-dua kata ini dalam pembentukan ayat adalah seperti yang berikut: (a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. (b) Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad. Dalam konteks makna, kata minta membawa maksud menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (untuk mendapat sesuatu), Manakala kata tolong membawa maksud minta bantuan (sokongan). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini tidak mempunyai perbezaan dari segi makna dan fungsi. | Tatabahasa | 17.04.2009 |
Assalamualaikum, Saya hanya ingin bertanya bagaimana caranya sekiranya saya ingin menulis cerpen/novel dan mendapatkan sumber kewangan melaluinya? | Saudara disarankan supaya membaca buku-buku yang berkaitan dengan teknik mengarang cerpen dan novel . Saudara juga disarankan supaya bergiat dalam persatuan penulis supaya dapat berkenal-kenalan dengan penulis yang hebat, di samping mengikuti kursus atau bimbingan penulisan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga boleh menjadi Rakan Dewan untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan mengisi borang keahlian dan membayar yuran tahunan di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang penulisan sila hubungi Sdr. Azmi melalui e-mel azmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 03.02.2008 |
Salam sejahtera, Saya adalah pelajar tahun pertama ijazah kedoktoran di University of Nottingham, UK dan ingin bertanya apakah prosedur yang terlibat untuk membuat rujukan bahan arkib serta manuskrip di Dewan Bahasa dan Pustaka? Kajian saya adalah berkenaan buku teks sejarah yang telah digunakan sebelum dan selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk membuat rujukan (fieldwork) dari bulan Jun hingga Ogos 2011. Sekian, terima kasih. Kavitha Ganesan University of Nottingham | Terima kasih Sdr Kaviganesan. Sdr boleh melayari Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) yang terdapat dalam Laman Web DBP dan membuat semakan judul atau subjek bahan yang diperlukan. Sekiranya ada bahan yang boleh membantu, sdr boleh mendaftar di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Podium Menara DBP sebagai ahli Rakan Dewan. Setelah mendaftar sdr boleh membuat rujukan bahan-bahan yang diperlukan. Kadar yuran keahlian ialah RM30 untuk setahun, RM30 untuk 2 tahun dan RM35 untuk keahlian 3 tahun. Waktu perkhidmatan ialah setiap hari Isnin - Khamis (8.30 pagi - 4.45 petang) dan pada hari Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari/2.45 petang - 4.45 petang). Terima kasih kerana berhubung dengan kami. | Lain-lain | 20.04.2011 |