Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yusof


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya.. Setelah mendapat tittle Ir., apakah penggunaan susunatur yang betul . Ir. Raja Noraini binti Raja Yusof atau Raja Ir. Noraini binti Raja Yusof Terima kasihPenulisan yang betul ialah "Ir. Raja Noraini binti Raja Yusof", iaitu gelaran akademik hadir di hadapan nama.Ejaan30.07.2024
Aziz Yusof : Isu ejaan betul dan ejaan salah. Byk betul ejaan yg salah. Ini ejaan yg baru buat atau mmg sejak azali mcm ni? Konfius nanti.Semua bahasa di dunia ini mempunyai peraturan dan hukum tatabahasa yang membentuk kata dan mengawal sistem nahunya. Apabila buku Sistem Ejaan Rumi Baru diterbitkan pada tahun 1972, tidak ada lagi perubahan dalam sistem ejaan kita.Ejaan27.02.2015
Wan Yusof Wan Jeffery SUN 9:58PM Wan Yusof Wan Jeffery Wan Assalamualaikum Tuan, saya ingin membuat tempahan buku Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri oleh Pendita Za'ba. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku itu?Wslm. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain25.09.2016
Rahman Haji Yusof Aug 21st, 12:32pm Assalamualaikum. Saya Rahman Haji Yusof pemenang ketiga sayembara novel Citra Malaysia 2013 merayu kepada KP DBP agar diterbitkan segera novel-novel yg menang. Saya sudah tua ingin melihat karya saya diterbitkan sebelum saya meninggal. Terima kasih dan salamWaalaikummusalam, Tuan, berkenaan perkara ini, kami akan panjangkan kepada KP DBP. Walau bagaimanapun, terbitan ini novel bergantung pada manuskrip dan diluluskan oleh pihak jawatankuasa penerbitan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Ketua Buku Sastera, Datin Hajijah Jais di talian 03-21479697 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my.Lain-lain21.08.2014
Saya ingin menyemak cara penulisan yang betul di bahagian tandatangan untuk surat-menyurat. Contoh: Yang benar PROFESOR TS SR DR MD YUSOF BIN HAMID atau PROFESOR Ts SR DR MD YUSOF BIN HAMID Soalan saya: Biasanya penulisan nama untuk tandatangan ditaip dengan semua HURUF BESAR. Adakah TS di taip dengan huruf besar (TS) atau huruf kecil (Ts)? Terima kasih.Cara penulisan yang betul sekiranya huruf besar digunakan ialah  PROFESOR TS. SR. DR. MD YUSOF BIN HAMID.Tatabahasa17.06.2022
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan penjelsan mengenai perkataan "saudara". Sekiranya digunakan di tengah-tengah ayat adakah perlu menggunakan huruf besar? Contoh: Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Presiden PERUBATAN, Saudara Adzim Yusof. atau Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Presiden PERUBATAN, saudara Adzim Yusof. Boleh pihak tuan jelaskan penggunaan huruf kecil atau besar perkataan "saudara" ini dalam situasi berlainan?Perkataan saudara di dalam ayat ditulis dengan huruf kecil sama seperti perkatan tuan dan pusan di dalam ayat.Tatabahasa11.03.2013
assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai biografi penulis novel 'Mencari Teduh di Kuala' iaitu Siti Aminah Hj Yusof dan penulis novel 'Kirana' iaitu Sarimah Bardon.
Mencari Teduh di Kuala
Siti Aminah Haji Yusof (03 55193732)NO. 10, JALAN RODAT 11/2 H,40100 SHAH ALAM, Selangor

Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 September 1945. Beliau banyak menumpukan perhatian kepada penulisan karya remaja. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA dalam beberapa siri peraduan. Menerima hadiah penghargaan (cerpen) pada tahun 1981 dan pada tahun berikutnya, menerima hadiah penghargaan bagi novel Biarlah Ia Berlalu. Manakala novel Aku Anak Timur memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Novel Pengembaraan ESSO-Gapena 1984. Novel lain yang diterbitkan oleh DBP ialah Masih Sayang, Di Hujung Perjalanan dan Jalur Senja. Beliau pernah bertugas sebagai pendidik dan kini, telah bersara selepas tugas terakhirnya di Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur.

Kirana
Sarimah Bardon (03 61859952)Lot 8620, Kg. Nakhoda Kanan,68100 Batu Caves,Selangor

Beliau lahir pada 20 Mei 1963 di Selangor. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dari UPM. Beliau mula mengikuti kursus penulisan KEPEZI pada tahun 1996. Novel Kirana merupakan hasil daripada bimbingan Zaharah Nawawi. Kini, beliau merupakan seorang pendidik.

Lain-lain02.06.2008
saya ingin mendapatkan maklumat mengenai penulis novel Siti Aminah hj yusof dan Sarimah bardon untuk penyelidikan saya.terima kasih
 Pihak kami tidak mempunyai biografi lengkap kedua penulis ini. Akan tetapi diharap alamat kedua penulis ini dapat membantu.
1.Sarimah Bardon
Lot 8620, Lorong 26,
Kampung Nakhoda Kanan,
68100 Batu Caves, Selangor   Tel:  03-61859952
2.Siti Aminah Haji Yusof,
No. 11, Jalan Rodat 11/2H,
40100 Shah Alam,
Selangor         Tel :  03-55193732
Lain-lain02.06.2008
saya wanfatimoh binti yusof belajar bahasa Melayu dasar tentang consep linguistik.terima kasihLinguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan:
1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004
2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
Lain-lain10.09.2015
apakah teori komunikasiSila rujuk buku Kemahiran Komunikasi ; Zawiyah Mohd Yusof, untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain02.03.2010
1234

Kembali ke atas