Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf ke-26 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-26 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata z


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih.Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba.Ejaan11.06.2012
Menyakar sampah atau mencakar sampah. Terima kasih.Mencakar sampah. Awalan kata kerja bagi cakar ialah men-. Kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s juga menjadi men-.Ejaan04.01.2013
Salam Sejahtera, saya seorang pelajar Universiti dan sedang membuat kajian bandingan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tentang gaya bahasa dan bahasa kiasan. Adakah DBP menerbit sebarang bahan rujukan yang terdapat senarai A-Z bagi bahasa kiasan atau bandingan semacam? contohnya Adil seperti Hakim dll sampai Zalim seperti Firaun? Walaupun saya dapat cari bahan-bahan tersebut di mana-mana laman web dari google dll,tetapi semua bahan tersebut dikemas oleh individu yang bukan pakar dalam bahasa.Tatabahasa Dewan juga tiada maklumat dan bahan yang saya ingin cari,saya pernah melawat DBP KL dan cuba mencari senarai atau bahan yang saya sebut diatas tetapi akhirnya gagal juga. Terima Kasih.Harap maaf. Buku yang khusus tentang kiasan bandingan seperti yang saudara maksudkan tiada dalam senarai penerbitan DBP. Yang ada ialah buku tentang peribahasa secara umum. Saudara boleh merujuk kepada Perpustakaan Negara tentang buku tersebut.Penyelidikan26.04.2011
Kami akan mengadakan forum sempena seminar kecemerlangan pekerja. Saya ingin mendapatkan cadangan peribahasa yang sesuai untuk pekerja perlu memberikan khidmat sesuai dengan kenaikan gaji @ kerja perlu setimpal dengan kenaikan gajiKamus Peribahasa disusun mengikut entri peribahasa dari abjad A hingga Z, dan barulah diperoleh maksud peribahasa tersebut. Oleh itu, puan perlu melihat satu per satu entri peribahasa untuk mendapat yang sesuai dengan maksud yang dikehendaki. Sila rujuk, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan boleh juga menyemak melalui laman web kami www.prpm.gov.my dan taipkan kata kunci makna peribahasa tersebut dalam Carian Spesifik dan klik "Peribahasa".Tatabahasa20.04.2012
Jika gambar rajah merupakan kata majmuk yang dieja dua perkataan mengapa saya dapati ada digunakan gambar rajah satu perkataan dalam Carian Kata yang saya lakukan pada portal DBP ini. Oleh itu, saya ingin tahu bila perlu guna satu perkataan dan bila guna dua perkataan. Contoh yang saya jumpa seperti berikut: 5 dijumpai dalam Istilah Malaysia gambarajah Z-N gambarajah Fizik gambarajah pemeriksaan gambarajah ACF gambarajah ACF Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk mengetahui ejaan kata majmuk yang telah mantap, satu atau dua perkataan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewa.Tatabahasa05.12.2008
Adakah pihak DBP mengeluarkan edisi baru bagi buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia selepas cetakan ketiga yang berwarna ungu ( kulit buku )? Selama ini saya telah cuba mencari di kedai-kedai buku tempatan tetapi dimaklumkan tiada cetakan edisi baru.Untuk makluman saudara, buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang dimaksudkan tidak lagi dicetak baru, sebaliknya DBP telah menerbitkan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua yang lengkap dan memuatkan daftar kata bahasa Melayu A-Z, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Ejaan Jawi dan Sebutan Baku. Saudara boleh mendapatkan buku tersebut di kedai buku atau terus menghubungi kedai buku DBP di ibu pejabat.Lain-lain20.07.2009
Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. AssalamualaikumAwalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161.Tatabahasa12.09.2011

Kembali ke atas