sumbangan za,ba terhadap perkembangan bahasa melayu | Sila rujuk bahan ini : Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994 Perjuangan Za'ba untuk memartabatkan pendidikan Melayu | Adnan Haji Nawang | Jurnal Pengajian Melayu | 01/01/1996 Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000 Za'ba Pendeta Bangsa | Mahaya Mohd. Yassin | Dewan Sastera | 01/03/2005 Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasa | Azizul Azman Othman | Mutiara Malaysia | 01/05/1995 | Lain-lain | 07.05.2008 |
Apakah sumbangan Za'ba terhadap perkembangan bahasa Melayu? | Nama Za'ba terukir dalam sejarah persuratan dan kebudayaan Melayu baharu sebagai tokoh bahasa, sastera ekonomi,agama dan juga politik. Dalam bidang bahasa, jasanya cukup besar sebagai Bapa Tatabahasa Melayu di Malaysia dengan karya besarnya Pelita Bahasa Mealyu, di samping karyanya tentang sistem ejaan jawi dan Rumi serta retorik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 04.06.2008 |
sumbangan Za'aba atau nama penuh beliau Zainal Abidin Ahmad dalam ilmu linguistik | Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 15.12.2009 |
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih. | Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba. | Ejaan | 11.06.2012 |
Apakah jawatan yang telah diberi oleh O.T DUSSEK kepada Pendeta Za'bs di SITC? | Terima kasih atas soalan anda, anda boleh membuat rujukan seperti di bawah : 1.www.bahau.com.my/english/eteratak.htm 2. Pendeta Tan Sri Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) 16 September 1895-23 Oktober 1973 | Norhalim Haji Ibrahim | Lembaga Muzium Negeri Sembilan | 2006 3. Za'ba dan Melayu | Adnan Hj. Nawang | Berita Publishing | 1998 | | Lain-lain | 15.07.2008 |
APAKAH SUMBANGAN-SUMBANGAN ZABA TERHADAP BAHASA MELAYU | Nama Za'ba terukir dalam sejarah persuratan dan kebudayaan Melayu baharu sebagai tokoh bahasa, sastera ekonomi,agama dan juga politik. Dalam bidang bahasa, jasanya cukup besar sebagai Bapa Tatabahasa Melayu di Malaysia dengan karya besarnya Pelita Bahasa Mealyu, di samping karyanya tentang sistem ejaan jawi dan Rumi serta retorik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.07.2012 |
Salam 1Malaysia, 1. Apakah maksud 'kasus'? 2. Fungsi 'tesaurus' berbanding dengan kamus? 3. Tarikh kematian Pak Asraf Abdul Wahab dan Za'ba, bila? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kasus (bahasa Indonesia) ialah keadaan (perkara, persoalan dan sebagainya) yang sebenarnya atau yang tertentu (khusus), keadaan (kejadian dan sebagainya)yang khusus yang ada kaitannya dengan seseorang atau sesuatu, kes. Tesaurus ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti atau sinonim dan kata yang berkaitan maknanya yang disusun mengikut sistem atau olehan tertentu. Kamus ialah buku yang mengandungi kata-kata dan lain-lain (yang disusun menurut abjad) dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain. Tarikh kematian Zainal abidin Ahmad (Za'ba) ialah 23 Oktober 1973. | Makna | 12.03.2012 |
Assalamualaikum, tuan. Saya Norol Farhana Mohd Fuzi dari Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Putra Malaysia. Kolej kami akan mengadakan satu program Make It Right Campaign 3 (MIRC 3). Program ini sebenarnya berbentuk ilmiah, di mana aktiviti-aktivitinya berkonsepkan syariat Islam serta nilai-nilai murni, dan tidak terhad untuk mahasiswa Islam bahkan bukan Islam. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula 1 Mac hingga 30 April 2013. Jadi, pihak kami ingin memohon penajaan daripada pihak tuan untuk memberi sumbangan terhadap program ini.Jadi bagaimana kami ingin memohon sumbangan dari pihak tuan? Sekian, terima kasih. | Sila kemukakan surat permohonan tajaan kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.01.2013 |
unsur perlambangan dalam peribahasa dan asal usul bermula peribahasa | Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa telah lama digunakan/wujud dalam masyarakat Melayu atau masyarakat lain juga. Untuk melihat asal usul, jenis dan ciri-ciri (termasuklah perlambangan)sila lihat kajian/buku tentang peribahasa. | Lain-lain | 26.01.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan keragaman bahasa? | Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut : i. Ragam bahasa lisan ii. Ragam bahasa Melayu tulisan iii. Bahasa-bahasa daerah iv. Laras-laras bahasa Melayu moden. Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Makna | 24.02.2008 |